Mulai dilancarkan pada September 2018, iPhone XS dilihat masih releven untuk digunakan sehingga kini. Menawarkan skrin OLED, dwi kamera serta memiliki rekaan yang sleek dengan dua pilihan warna antara yang membuatkan model ini menjadi rebutan ramai sejak mula dilancarkan.

Terbaharu, pengedar rasmi Apple di Malaysia iaitu Machines hadir dengan promosi masa terhad dengan menawarkan iPhone XS 256GB dengan harga serendah RM3,099 sahaja.

maxresdefault (3)
Sumber: YouTube Cult of Mac

Untuk pengetahuan, model ini mulai ditawarkan dengan harga RM5,599 pada awal pelancaran sekaligus memberikan penjimatan sebanyak RM2,500 buat mereka yang sudah lama ingin memilikinya.

Promosi yang ditawarkan ini dilihat sangat berbaloi untuk dimiliki buat anda yang sudah lama mahu mendapatkan model iPhone terbaru dengan saiz storan yang besar. Sangat jarang sekali untuk kita lihat promosi iPhone dengan diskaun besar-besaran dijalankan.

Setakat artikel ditulis, iPhone XS 256GB sudah habis dijual di atas talian. Walau bagaimanapun, anda boleh ke cawangan Machines berdekatan anda untuk mendapatkan model dengan harga promosi berbaloi ini.

Berdasarkan ura-ura, iPhone 12 Pro dijangka bakal mula ditawarkan dengan harga sekitar RM4,899. Turut dikongsikan, senarai iPhone yang bakal menyokong iOS 14.

Harga Apple iPhone 12 Pro Dijangka Bermula Daripada RM4,899

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong Apple iOS 14

Sumber