Mulai dilancarkan pada September 2018, iPhone XR nampaknya berjaya menjadi antara telefon pintar terlaris serta menjadi pilihan pengguna pada tahun 2019.

Menawarkan penggunaan processor yang hebat dengan harga mampu milik antara yang menjadi rahsia Apple dalam membuatkan orang ramai tertarik untuk mendapatkan model ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Terbaharu, pengedar rasmi Apple di Malaysia iaitu Machines hadir dengan promosi masa terhad dengan menawarkan iPhone XR 64GB dengan harga serendah RM1,799 sahaja.

Screen Shot 2020-06-24 at 8.17.57 PM

Sumber: Machines

Model yang mulai ditawarkan dengan harga RM3,599 pada awal pelancaran sekaligus memberikan penjimatan sebanyak RM1,800 buat mereka yang sudah lama ingin memilikinya.

Selain iPhone XR, beberapa model lain seperti Mac Pro, iMac, Mac Mini, iPod Nano, iPhone 11 Pro turut ditawarkan secara ExDemo dimana model-model ini telah digunakan untuk dipamerkan pada cawangan Machines.

Screen Shot 2020-06-24 at 8.11.55 PM

Sumber: Machines

Screen Shot 2020-06-24 at 8.12.04 PM

Sumber: Machines

Promosi yang ditawarkan ini dilihat sangat berbaloi untuk dimiliki buat anda yang sudah lama mahu mendapatkan model iPhone tanpa mahu berbelanja besar. Sangat jarang sekali untuk kita lihat promosi iPhone dengan diskaun besar-besaran dijalankan.

Setakat artikel ditulis, iPhone XR (PRODUCT)RED sudah habis dijual di atas talian. Walau bagaimanapun, beberapa warna lain masih sedia untuk dimiliki dengan harga promosi berbaloi ini. Klik di sini untuk mendapatkan seleksi barangan Apple sementara stok masih ada.

Ketahui juga rekaan dan spesifikasi yang bakal ditawarkan pada iPhone 12 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Hampir Pasti, Inilah Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan iPhone 12 Pro

Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Pada iPhone 13 Yang Bakal Dilancarkan Pada Tahun Hadapan

Anda Mungkin Suka