Saya serius suka presiden Perancis yang baru, Emmanuel Macron. Dari awal lagi saya mengharapkan beliau untuk menewaskan Marine Le Pen. Le Pen sesuai jadi presiden Amerika, tetapi tidak melambangkan cita rasa Bangsa Perancis yang sinonim dengan Céline, Chanel dan Chloé.

Tapi yang lebih penting, Macron adalah lelaki ‘one in a million’.

Dengan adanya Macron, Justin Trudeau (PM Canada) bukan lagi satu-satunya simbol ‘pemimpin muda dan kacak’. Malah Macron enam tahun lebih muda dari Trudeau, setahun lebih muda dari KJ.

Antara Macron dan Trudeau, mungkin lebih ramai kaum hawa yang menyukai Trudeau. Kekacakan Macron dan kekacakan Trudeau berbeza.

Trudeau dibesarkan dalam keluarga yang berada dan berpengaruh (ayahnya PM), maka tidak hairanlah beliau memiliki aura ‘prince charming’ yang dapat mencairkan ramai wanita.

Macron mungkin tidak cukup kacak bagi ramai wanita, kerana Macron kelihatan sedikit ‘skema’. Lelaki yang kelihatan ‘smart’ ini kekadang menakutkan wanita, kerana imej mereka mudah dipautkan dengan ‘kerja’.

Trudeau pula memiliki gaya ‘dandy’ dan ‘hipster’ yang digila-gila oleh sebilangan wanita, malah Trudeau semasa muda adalah seorang yang ‘playful’: pernah berlakon dalam TV, jadi peninju dan hisap ganja.

Lelaki macam inilah baru ada ‘life’. Lelaki macam inilah yang boleh teman anda menjelajahi satu dunia, yang boleh mengambil hati anda dengan pelbagai kejutan setiap hari.

Kalau nak dibandingkan dengan hidup Trudeau yang berwarna-warni, hidup Macron agaklah bosan. Asyik kerja, kerja dan kerja. Macron bukan prince charming. Macron tidak bertuah seperti Trudeau. Beliau bukan dari keluarga elit. Tanpa dipayungi ayah, beliau perlu berusaha lebih untuk mencapai puncak kejayaan.

Walaupun dapat memasuki perkhidmatan awam (satu profesion yang berprestij di Perancis), Macron memiliki cita-cita yang lebih besar. Beliau sanggup keluarkan duit sendiri untuk menebus kontraknya dengan kerajaan, semata-mata untuk menyertai sektor swasta (Bank Rothschild) untuk menimba pengalaman, sebelum menceburi politik.

Lelaki yang bercita-cita besar (ambitious) ini sukar difahami oleh wanita. Bukan, bukan si dia tidak cukup romantik. Cuma, dia mahukan lebih banyak masa untuk kerjayanya, untuk membina masa depan kau dan dia. Maaf sekiranya dia gagal memberi kejutan yang diharapkan. Bukan dia cuai, cuma, kadang kala dia terlalu leka dengan kerjanya.

Maka, lelaki seperti Macron hanya mampu dijiwai oleh wanita yang matang. Lelaki seperti Macron juga merasai ketenangan dan ‘belonging’ di sisi mereka.

Jangan anggap lelaki yang kuat kerja mestilah jenis yang berhati batu. Sebenarnya lelaki begini teramatlah memerlukan tempat untuk mengadu dan menjadi diri sendiri. Mereka perlu dilindung, bukan menjadi pelindung kepada pasangan yang lebih muda.

Maka tidak hairan, Macron jatuh cinta pada cikgunya, Brigitte Trogneux yang 24 tahun lebih tua dari Macron. Ketika itu, Macron masih budak sekolah yang berumur 16 tahun, sementara cikgunya sudah berkeluarga dan melewati usia 40.

Ibu ayah Macron tidak merestui cintanya. Macron dipindahkan sekolah dari Amiens ke Paris. Pada asalnya, Macron pernah berniat melarikan diri bersama cikgunya.

Namun Macron kemudian fikir, adakah itu akan membahagiakan Brigitte? Macron ingin membuktikan bahawa cintanya terhadap Brigitte bukan cinta monyet. Maka, dengan hati yang berat, mereka berpisah dan Macron janji mereka akan bertemu kembali suatu hari nanti, selepas beliau berjaya.

14 tahun Macron menunggu Brigitte. Akhirnya, mereka bergelar suami isteri yang sah pada tahun 2007. Ketika itu Brigitte telah pun berusia 54 tahun. Bukan mudah untuk jumpa lelaki yang dalam usia 30, yang berada di kemuncak kerjaya masih setia menunggu cinta lamanya. Lelaki kalau jumpa orang yang betul, 30 tahun pun sanggup dia tunggu. Lelaki kalau setia, memang setia betul.

Cinta dan perkahwinan bukan sekadar mencari tulang rusuk atau perhiasan. Orang Barat percaya bahawa jiwa manusia masing-masing belum lengkap sehingga menemui cinta sejatinya, maka penyatuan cinta antara dua insan adalah untuk menyempurnakan dua jiwa (‘union of two lost souls’). Betapa untungnya Macron telah menemui jiwanya yang separuh lagi pada usia seawal 16 tahun!

10 tahun sudah berlalu, cinta Macron terhadap Brigitte masih belum lerai. Gelaran ‘First Lady’ adalah hadiah mahkota Macron kepada ratu hatinya, dan saksi kepada cinta mereka.

“SANS ELLE, JE NE SERAIS PAS MOI” (tanpa dia, tiadalah saya pada hari ini), kata Macron selepas memenangi pilihanraya presiden.

Sweet kan? Mungkin disebabkan nama Macron yang berbunyi seperti Macaron. Jadilah seperti Macron, jadilah lelaki yang setia.

Baca lagi: Isteriku Cikguku, Kisah Seperti Ini Pernah Berlaku Dalam Realiti Calon Presiden Perancis