Warner Bros. mengesahkan bahawa Mads Mikkelsen bakal menggantikan aktor Johnny Depp sebagai Gellert Grinderwald dalam siri Fantastic Beasts 3 dan seterusnya.

Siri prequel siri Harry Potter yang ditulis oleh J.K Rowling ini mula ditayangkan di layar perak pada tahun 2016 di mana Depp muncul sebagai Grinderwarld dalam dua siri pertama.

SUMBER: SCREEN RANT

Lakonan Depp untuk francais tersebut mendapat pujian akan tetapi, beliau dipaksa untuk mengundurkan diri apabila beliau kalah dalam kes saman fitnah tabloid The Sun mengenai artikel yang mendakwa dirinya sebagai ‘kaki pukul’.

Meskipun Depp tewas dalam kes saman fitnah tersebut, namun beliau tetap akan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan merancang untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Berikutan pengunduran Depp, pihak Warner Bros. mengesahkan bahawa pelakon baharu telah pun disaring untuk watak Gellert Grinderwald dan ada khabar angin yang mengatakan bahawa Mads Mikkelsen merupakan pengganti Depp buat siri tersebut.

Mikkelsen pada mulanya menolak khabar angin itu akan tetapi, khabar angin tersebut rupanya benar apabila pihak Warner Bros. sendiri mengesahkan bahawa pelakon dari siri Hannibal tersebut bakal menggantikan Depp sebagai Grinderwald.

original-hannibal-lecters-style-secrets-43-jpg-30df48d8

SUMBER: ESQUIRE

Khabarnya, pencarian untuk pengganti Depp buat siri tersebut tidak mengambil masa yang lama, cuma beberapa minggu sahaja. Walaubagaimana pun, filem tersebut tetap bakal ditangguhkan jadual tayangannya.

Siri Fantastic Beasts 3 dijangkakan bakal ditayang pada 15 Julai 2022 dan pelakon-pelakon asal siri tersebut seperti Eddie Redmayne, Katherin Waterson, Dan Fogler dan Ezra Miller tetap akan kekal dalma francais tersebut.

Meskipun digugurkan daripada francais Fantastic Beasts, Johnny Depp tetap terima gaji penuh bernilai RM41 juta? Klik pautan di bawah untuk mengetahui cerita tersebut.

Digugurkan Daripada Siri Fantastic Beasts, Johnny Depp Tetap Terima Gaji Penuh Bernilai RM41 Juta?

Johnny Depp Dipaksa Keluar Daripada Siri Fantastic Beasts

Hari Sedih Untuk Johnny Depp, Tewas Kes Fitnah Dan Dituduh ‘Dera Isteri’

Anda Mungkin Suka