Mafia di Itali telah menyerahkan makanan dan menawarkan pinjaman kewangan tanpa faedah kepada warga yang memerlukan. Tujuannya adalah untuk mengenakan kawalan terhadapan kehidupan rakyat yang susah dan memanfaatkan krisis ini untuk kepentingan kumpulan tersebut.

Penulis skrip untuk drama jenayah Itali, Roberto Saviano memberitahu Daily Mail bahawa kumpulan itu menyerahkan bahan makanan kepada keluarga yang terkesan akibat penguncian adalah bagi memastikan mereka mendapat faedah selepas krisis berakhir.

Beliau menambah bahawa kumpulan itu juga sedang bersiap sedia untuk merampas perniagaan yang terkesan akibat COVID-19 selepas kerajaan Itali dilaporkan menunggu dana dari Eropah bagi meningkatkan ekonomi negara.

Saviano yang kini berada di bawah perlindungan polis di New York adalah seorang pakar dalam aktiviti kumpulan mafia, dia tahu bagaimana kumpulan itu telah berkembang dengan melakukan aktiviti haram.

Di selatan ibu kota Naples, kumpulan pemberi pinjaman wang yang berada di bawah arahan Camorra, telah membatalkan faedah kepada setiap pinjaman kewangan, kata Saviano.

“Untuk tujuan apa? Untuk nikmat [selepas krisis berakhir],” katanya.

Ketakutan Saviano telah disuarakan oleh penyiasat anti-mafia dan ahli politik ketika virus itu melanda Itali. Angka kematian di negara ini secara rasmi mencecah 18,279 orang.

“Selama lebih dari sebulan, kedai, kafe, restoran dan pub telah ditutup,” kata Nicola Gratteri, ketua pejabat pendakwa raya di Catanzaro, kepada Guardian.

Gratteri menambah bahawa berjuta-juta orang Itali bekerja di dalam ‘ekonomi kelabu’, bermakna mereka tidak mempunyai pendapatan dan tidak mempunyai wang untuk menyokong diri mereka selama lebih dari sebulan.

“Sekiranya pihak negeri tidak segera melangkah bagi membantu keluarga-keluarga ini, maka mafia akan menyediakan perkhidmatannya, kehidupan rakyat akan dikawal oleh mereka,” Katanya.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Lihat Bagaimana ‘Lockdown’ COVID-19 Beri Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia

‘Scammer’ Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web

Lihat Bagaimana Rantaian COVID-19 Mampu Diputuskan Dengan Menggunakan ‘Domino Effect’