Satu undang-undang baharu telah dikeluarkan oleh Dewan Perwakilan Indonesia hingga menyebabkan satu demo lautan manusia yang tidak lagi menghiraukan ketakutan mereka terhadap wabak COVID-19.

Sejak Rabu, keadaan di beberapa bandar besar di sekitar Indonesia mulai memanas. Usaha polis untuk meleraikan tunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar dan kesatuan pekerja yang menolak Undang-Undang Cipta Kerja atau Omnibus Law nampaknya menemui jalan buntu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lalu mereka terpaksa memilih jalan kekerasan. Sejak semalam, lebih 10 pelajar Bandung ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka dipukul dan dihalau menggunakan gas pemedih mata.

Sementara di Kota Semarang, Jawa Tengah, lebih dari 100 penunjuk perasaan ditangkap oleh polis. Sebilangan dari mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Vokasional, yang telah bergabung sebagai tanda solidariti dengan gerakan menentang undang-undang yang menekan mereka.

Sejak undang-undang ini diluluskan pada Isnin lalu, ia terus memicu kepada kemarahan warga Indonesia. Semalam, Vice melaporkan bahawa Presiden Joko Widodo tidak berada di Jakarta, namun itu tidak menghalang ribuan orang untuk berkumpul di depan Istana Negara.

Kata Pakar

Ketika Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi kembali dipilih menjadi Presiden Indonesia tahun lalu, dia ada memasang impian untuk mengubah negara tersebut menjadi negara yang mempunyai pendapatan per kapita tahunan sebanyak 320 juta rupiah dan produk domestik kasar  USD$ 7 trilion menjelang 2045.

15db8a856d7343954b5d485808701e27

Lalu Omnibus Law diperkenalkan – satu undang-undang yang bertujuan untuk membuka jalan kepada pelaburan asing di beberapa sektor tempatan. Ia telah diluluskan oleh Parlimen pada Isnin lalu dan memicu kepada ketidakpuasan hati masyarakat Indonesia.

Secara dasarnya, undang-undang baru ini mampu untuk menyelesaikan banyak perkara, dari masalah birokrasi, kekeliruan peraturan yang bertindih dan bertentangan serta mampu untuk memicu ekonomi lembap yang terkesan akibat kesan buruk dari COVID-19.

Tetapi undang-undang ini datang pada saat rakyat Indonesia menderita kesulitan ekonomi akibat pemotongan gaji dan kehilangan pekerjaan.

Undang-undang yang merangkumi pekerjaan, cukai dan pelaburan ini telah mendapat reaksi yang bercampur. Kumpulan yang menentang memang dijangka akan meluap, tetapi kemarahan ini mampu dikurangkan jika Jokowi bersikap telus, kata pakar undang-undang.

“Walaupun akan memberi manfaat bagi perniagaan dan pelabur, ia akan memberi makanan kepada tunjuk perasaan,” kata Made Supriatma, dari ISEAS – Yusof Ishak Institute.

“Melihat apa yang sedang terjadi di jalan-jalan di sekitar Jakarta dan kota-kota besar lainnya, saya takut ia tidak akan dapat dikawal. Kami berada di tengah-tengah wabak dan orang lebih marah daripada biasa.”

rmk6twt7zevefizm083e

Asep Komarudin, aktivis alam sekitar yang mewakili Greenpeace Indonesia, mengatakan bahawa undang-undang baru ini telah membatalkan klausa penting yang memberi kuasa undang-undang untuk menyaman syarikat yang menyebabkan kerosakan alam sekitar.

“Sekatan pentadbiran sahaja lemah dan tidak memberikan pencegahan. Ini bererti kebakaran hutan dan jerebu akan terus berlaku,” katanya kepada ST.

Bagi Timboel Siregar, setiausaha jenderal Organisasi Pekerja Indonesia. Dia melihat wujud jurang perbezaan di dalam undang-undang ini dan akan memberi kuasa kepada syarikat untuk bertindak sesuka hati.

“Kos sara hidup di Jakarta berbeza dengan kos sara hidup di kampung-kampung. Syarikat akan mengambil kesempatan terhadap undang-undang ini dan membayar semua orang dengan gaji yang sama, dan itu tidak adil,” katanya.

Tidak dinafikan, penyebaran wabak COVID-19 telah menggagalkan banyak rancangan ekonomi dan projek infrastruktur Jokowi. Undang-undang baru ini pula dilihat seperti warisan apabila dia meninggalkan jawatannya pada tahun 2024. Walaupun Jokowi mendapat sokongan di Parlimen, tetapi dia dilihat gagal untuk mendapat sokongan dari rakyat Indonesia.

Kata Jokowi

Setelah lama berdiam diri, Jokowi akhirnya tampil memberi kenyataan. Dia mengatakan bahawa kebanyakan maklumat yang bermain di media sosial adalah tidak tepat dan salah faham.

buruh_demo

Dia turut mendakwa bahawa tuduhan yang menyatakan bahawa undang-undang baharu ini bakal membuatkan ramai orang kehilangan kerja dan tidak mendapat jaminan sosial, termasuk faedah persaraan, adalah tidak tepat.

“Saya memberi jaminan bahawa itu tidak benar. Hak dan keselamatan sosial akan tetap ada,” kata Jokowi semalam

Jokowi, bagaimanapun, gagal menjawab isu-isu lain yang kontroversi seperti peruntukan yang melonggarkan syarat untuk pekerja luar dan perubahan dalam enam undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Viral Aksi Lucu Anak Kena Paksa Balik Rumah Dengan Mak Waktu Demonstrasi Lawan Kerajaan

Pengacara Ini Temuramah Kerusi Kosong, Menteri Kesihatan Indonesia ‘Hilang’ Selepas Kes COVID-19 Naik