Sesetengah pelajar di universiti mencari duit tambahan dengan menjalankan perniagaan. Hasil yang diterima dari jualan tersebut akan dijadikan wang saku untuk diri sendiri tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga mereka.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang mahasiswi ini. Dia terkejut apabila melihat dadih yang dijualnya di kampus universiti diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tanpa membayar dengan wang yang sepatutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini tular di laman Twitter, di mana seorang pengguna Twitter,@ji__raa atau nama sebenarnya Nurul Nazira memuat naik satu perkongsian di akaunnya sendiri menunjukkan dadih yang dijualnya habis “terjual”, namun hanya mendapat bayaran sebanyak RM8 sahaja.

Apa yang lebih mengecewakan, Nurul Nazira menulis di caption perkongsian tersebut bahawa kejadian itu berlaku di sebuah universiti yang terkenal dengan imej Islam. Perkongsian yang dimuat naik sejak jumaat lalu di akaun Twitternya sendiri telah menerima lebih 7,800 retweets sehingga ke hari ini.

Perkongsian Nurul Najihah ini telah mendapat perhatian dan simpati daripada kalangan warga Twitter. Rata-rata netizen mengecam perbuatan tersebut lebih-lebih lagi ianya berlaku di sebuah universti yang mana rata-rata penghuninya terdiri daripada pelajar-pelajar yang memiliki intelektual tinggi dan membawa imej Islam.

Walau bagaimanapun, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan kepada Nurul Nazira untuk menggantikan kerugian yang dihadapinya.

Diharapkan kejadian ini dijadikan pengajaran untuk orang ramai terutamanya yang bergelar pelajar. Segalannya pasti ada hikmah dan kebaikan yang akan diberikan oleh Sang Pencipta.

Terdahulu, tular di media sosial di mana beberapa orang pelajar Malaysia rangkut 5 pingat di Pertandingan Robotik Antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tewaskan Jepun Dan Korea Selatan, Pelajar Malaysia Rangkul 5 Pingat Di Pertandingan Robotik Antarabangsa

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Berjaya Menarik Perhatian Neelofa

Tularkan Gambar ‘Curi Dan Terkini’ Satu Pencerobohan Privasi Buat Malique