Bagi anda yang teringin melihat kapal terbang berlepas dan mendarat, ini berita baik buat anda kerana Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan membina Anjung Spotter di KLIA. Pastinya dengan pembinaan anjung tinjau itu akan menjadikan KLIA antara destinasi pilihan untuk dilawati.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata pembinaan anjung dinamakan Anjung Spotter itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap bulan depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Anjung Spotter ini akan menjadi tarikan kepada Planespotter dan penggemar penerbangan kerana kini mereka akan mempunyai spot terbaik untuk menyaksikan pesawat tiba di Runway 32L.

Selain itu, bagi mereka yang memiliki minat yang sama, pastinya mereka akan berkumpul bersama-sama menghayati pemandangan dan bertukar-tukar pandangan serta mengambil gambar.