Jika anda masih ingat mengenai insiden yang agak kurang menyenangkan di antara pegawai keselamatan KLIA2 dan pelancong dari negara China yang sempat menjadi kontroversi dan tular di media sosial disebabkan masalah komunikasi bulan lepas, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah berjaya mendapat penyelesaian agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman sosial peribadi milik Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkata pihak MAHB sudah menempatkan seramai 2 orang pegawai yang fasih berbahasa Mandarin dan 4 pegawai lagi di sekitar beberapa kawasan di terminal KLIA dan KLIA2.

kliamandarin

Penempatan pegawai-pegawai yang memakai selempang “Saya boleh berbahasa Mandarin” di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong pastinya memudahkan pelancong yang berbahasa Mandarin untuk mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan kesulitan. Pegawai-pegawai ini sedia membantu dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.