Mahir dalam kepelbagaian bahasa sememangnya dapat memudahkan orang ramai dalam berurusan. Jika mahir dalam Bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin sudah dianggap biasa berikutan masyarakat Malaysia yang majmuk, lain ceritanya dengan wanita ini yang berjaya mencuri tumpuan netizen menerusi pertuturan beliau bersama warga asing.

Menerusi perkongsian wanita ini di Twitter @ainsyawani, beliau telah berkongsi klip beliau bertutur bersama warga asing yang merangkumi Bahasa Hindi, Nepal dan Burma. Menariknya, kemahiran beliau bertutur dalam bahasa ini nyata memudahkan warga asing dalam mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jalil.

https://twitter.com/ainsyawani/status/1427993817542586375

Menerusi perkongsian Ain Syawani bersama The Vocket, beliau memaklumkan mulai mempelajari ketiga-tiga bahasa ini menerusi pertanyaan kepada warga asing yang mahir bercakap dalam Bahasa Melayu sewaktu membantu mereka di PPV.

Niat beliau yang terus berusaha dan berlatih bertutur dalam bahasa asing untuk memudahkan warga asing ini nyata membuahkan hasil selepas beliau kini sedikit sebanyak dapat bertutur dalam bahasa yang terdiri daripada Hindi, Nepal dan Burma.

Tambah beliau lagi, warga asing yang dilayan beliau nyata gembira dengan layanan yang diberikan selepas beliau mampu bertutur dalam ibunda mereka.

Telatah wanita ini nyata membuatkan para netizen teruja melihat kehebatan wanita ini bertutur dalam pelbagai bahasa secara spontan. Berikut merupakan respon netizen mengenai klip yang dikongsikan.

Rata-rata netizen ternyata gembira dan bangga melihat wanita ini yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dalam memudahkan warga asing. Tidak kurang mereka yang turut bercita-cita untuk berupaya untuk melakukan perkara yang sama.

Semoga usaha wanita ini dalam membantu para warga asing dapat memudahkan tugas frontliner di lokasi PPV berkenaan bagi mempercepatkan proses vaksinasi di lokasi tersebut.

Sekitar tahun lalu, tular kisah mengenai seorang wanita Melayu yang berkebolehan membaca berita Bahasa Mandarin.Β 

Wanita Melayu Ini Kejutkan Ramai Dengan Kebolehan Membaca Berita Bahasa Mandarin

‘Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin’- Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen