Semua orang pasti pernah merasa bosan di tempat kerja. Anda akan masuk ke pejabat dan duduk di tempat yang sama sambil termenung. Kerja yang anda lakukan pula boleh diselesaikan dalam masa hanya satu jam. Masa-masa yang selebihnya, anda akan duduk membuang masa sambil menunggu waktu pulang.

Tahap bosan yang anda alami sebenarnya boleh menggangu fikiran anda dan boleh membawa kepada penyakit kemurungan. Selain itu, ia akan membuatkan anda merasa lesu dan cepat muram. Disebabkan itu, seorang lelaki di Perancis telah bertindak menyaman majikannya kerana membuatkan dia bosan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 2020, Frederic Desnard, dari Paris, telah diberikan ganti rugi €40,000 (RM190,000) daripada jenama Interparfums, pembuat minyak wangi mewah di Perancis.

Beberapa tahun dahulu, Desnard telah diberhentikan kerja pada 2014 selepas bercuti sakit selama tujuh bulan disebabkan kemalangan. Peguamnya Montasser Charni mendakwa perasaan ‘bosan’ telah menyebabkan dia mengalami epilepsi semasa memandu, yang membawa kepada kemalangan dan menyebabkan dia koma selama beberapa hari, dan kemudian tidak dapat hadir untuk membuat kerja.

Sebelum mula ‘bosan’, Desnard adalah seorang pekerja yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai tugasan dan dikenali sebagai orang yang sentiasa memberi sepenuh tenaga untuk syarikatnya. Namun dia mula ‘diketepikan’ selepas syarikatnya gagal untuk membida satu kontrak utama sehingga Desnard menghabiskan banyak masa dengan hanya menjalankan tugas untuk presiden syarikatnya.

Selama empat tahun, dia akan melakukan sekitar ’20-40 minit kerja setiap hari’, dan tiada siapa yang ambil tahun jika dia tiba tepat atau lewat pada masanya. Dia menyifatkan budaya kerja yang dialami olehny seperti di neraka, lapor Unilad. “Saya tidak lagi mempunyai tenaga untuk buat apa-apa. Saya merasa bersalah dan malu untuk mendapat gaji secara percuma. Saya mempunyai tanggapan saya tidak wujud di syarikat itu,” katanya.

Victor Billlebault, peguam Desnard, memberitahu tribunal bahawa terdapat hubung kait di antara kerja dan ‘kemerosotan kesihatannya’, lapor Telegraph. Dalam pembelaan, peguam syarikat berhujah bahawa Desnard ‘tidak pernah berkata apa-apa tentang bosan dalam tempoh empat tahun,’ dan berkata ‘jika dia sebenarnya tidak ada apa-apa untuk dilakukan selama ini, mengapa dia tidak memberitahu?’

Desnard kemudiannya membuat aduan di tribunal perhubungan buruh, menuntut €360,000 sebagai pampasan dan ganti rugi. Walaupun syarikat itu berhujah Desnard tidak pernah mengadu sepanjang tempoh perkhidmatannya, mahkamah bersetuju bahawa ‘bosan’ telah membawa kepada ‘bentuk gangguan’, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan Paris.

Ingkar arahan majikan kerana mahu berpuasa, dua ‘bodyguard’ dibelasah dan diacu pistol. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ingkar Arahan Majikan Kerana Mahu Berpuasa, Dua ‘Bodyguard’ Dibelasah Dan Diacu Pistol

10 Ciri Majikan Yang Bertanggungjawab Terhadap Pekerja Mereka

‘Bayar PTPTN Setiap Bulan, Masih Kena CCRIS Lagi’, Ini Jawapan Untuk Anda