Jenama besar yang berasal dari Jepun, Muji telah diperintahkan untuk membayar RM281,000 dan memohon maaf secara umum kepada syarikat China setelah tewas kes rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini atas pelanggaran hak tanda dagangan.

Pada pendengaran bulan lalu, Mahkamah Agung di Beijing mengekalkan keputusan mahkamah pada 2017 yang memihak kepada Natural Mill – jenama yang dipegang oleh Beijing Cottonfield Textile Corp – bagi nama dagang yang digunakan oleh Muji.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 2005, Muji masuk ke pasaran China dengan menggunakan nama jenama antarabangsa ‘MUJI’ – dengan huruf besar dan mengeluarkan nama dalam bahasa tempatan.

191212_Muji_Weibo

Bagi bahasa tempatan, ia mewakili empat huruf Cina iaitu ‘無印良品’ – yang disebut sebagai ‘wuyinliangpin’ – atau dalam bahasa melayunya adalah ‘tiada jenama, hanya barangan berkualiti’.

Walau bagaimanapun, Hainan Nanhua – pemilik lama Natural Mill – telah mendaftar tanda dagangan ‘wuyinliangpin’ untuk semua produk kain, termasuk cadar tempat tidur dan tuala. Ia kemudian memindahkan hak tanda dagangan itu kepada Beijing Cottonfield Textile Corp.

Pada tahun 2015, kedua-dua syarikat ini telah bekerjasama untuk menyaman Muji kerana melanggar hak tanda dagangan dan pada 2017 keputusan mahkamah rayuan memihak kepada mereka.

Muji mengakui bahawa hak tanda dagangan untuk ‘wuyinliangpin’ telah dipegang oleh syarikat China tetapi merayu terhadap keputusan mahkamah di atas dasar bahawa Muji telah mendaftar secara sah.

4d157e93-c0b6-482a-881d-65a1fd3a328c

Walau bagaimanapun, mahkamah menolak hujah yang dikemukakan oleh Muji.

“Beijing Cottonfield Textile Corp mempunyai hak eksklusif untuk hak tanda dagangan,” kata mahkamah, sambil menambah bahawa “orang lain tidak boleh melanggar hak itu tanpa izin”.

Mahkamah mengarahkan Muji membayar ganti rugi kepada plaintif dan membuat permohonan maaf secara umum atas pelanggaran hak tanda dagangan.

Sebelum ini kami pernah menulis tentang hotel Muji di Shenzhen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Rekaan Minimalis Hotel Muji Yang Pertama Di Shenzhen

Lihat Rekaan Minimalis MUJI Hotel Ginza Yang Bakal Dibuka April Ini

Rumah Minimalis Jenama Muji Ini Bakal Dijual Pada Harga RM120 Ribu