Kecoh sekitar Jun 2018 apabila dilaporkan individu berpengaruh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan meninggal dunia. Berita ini nyata mengejutkan ramai apabila Samirah Muzaffar bersama dua remaja yang merupakan anak tiri Nazrin Hassan berusia 16 dan 19 tahun antara yang didakwa atas kematian beliau.

Empat tahun menanti keputusan perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pagi ini telah memutuskan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan kematian yang direkodkan, kematian Nazrin Hassan difahamkan berlaku pada 13 Jun pada jam 11.30 malam.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan keputusan bebas dan perlepasan itu selepas mendapati keterangan kematian berlaku pada 11 pagi hingga 1 tengah hari pada keesokan harinya sekaligus mengesahkan sebagai di luar jangka masa tuduhan.

Menerusi perkongsian Instagram Bernama, lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam bertukar menjadi kecoh apabila difahamkan pengamal media dihalang daripada mengambil gambar Samirah Muzaffar serta berlaku penolakan daripada para jurugambar.

Dua remaja yang disabitkan dalam kes tersebut dibebaskan pada 27 Mac dengan jaminan sebanyak RM50,000 bersama dua penjamin berbeza bagi setiap tertuduh.

Samirah yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Rahmat Hazlan walau bagaimanapun, dibenarkan diikat jamin sebanyak RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan jaminannya.

Ikuti kronologi kes kematian bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan dengan klik pautan di bawah.

Pihak Pendakwaan Mahu Buktikan Bekas CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Mati Dibunuh

Kubur Ceo Cradle Fund Digali Semula Untuk Siasatan

Punca Kematian CEO Cradle, Nazrin Hassan Dikenal Pasti

Sumber