Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) telah mengeluarkan keputusan yang membenarkan majikan melarang sebarang simbol kepercayaan agama atau politik di bawa ke tempat kerja, jika ingar majikan mempunyai hak untuk memecat pekerja tersebut. Keputusan ini diputuskan oleh mahkamah melibatkan dua kes wanita jerman yang diberhentikan kerja kerana memakai hijab, lapor The Telegraph.

Difahamkan, dua wanita Muslim yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak dan farmasi mulanya hadir ke tempat kerja tersebut dengan tidak bertudung. Tetapi setahun selepas itu, setelah kembali dari bercuti, mereka mula memakai hijab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laporan Al Jazeera, Kedua-dua wanita itu diberitahu untuk mencari pekerjaan baharu jika mereka terus memakai hijab atau jika ingkar, mereka bakal dikenakan hukuman gantung dari tempat kerja. Kedua wanita itu bagaimanapun mempertahankan tindakan mereka dengan memberi alasan bahawa ia adalah sebahagian daripada agama mereka untuk memakai hijab.

Kes ini kemudiannya dibawa ke mahkamah tinggi. Namun melalui keputusan terbaharu, mahkamah telah memutuskan untuk berpihak kepada majikan mereka di mana kedua-dua wanita itu boleh dipecat jika membawa simbol agama atau politik ke tempat kerja.

Mahkamah dalam keputusannya seperti yang dilaporkan oleh Lad Bible mengatakan bahawa majikan mempunyai hak untuk melarang pekerja memakai apa-apa simbol yang membentuk kepercayaan politik, falsafah dan agama di tempat kerja. Larangan ini perlu bagi memberi gambaran yang adil kepada pelanggan serta mampu mengelak daripada berlakukannya perselisihan sosial.

Difahamkan, 27 anggota EU boleh menggunakan keputusan ini tetapi ia mestilah sesuai dengan undang-undang sedia ada mengenai kebebasan beragama serta mempertimbangkan hak dan kepentingan pekerja.

Bagaimanapun, gambaran besar dari keputusan ini adalah ia membuka peluang kepada majikan untuk memecat mana-mana pekerja sekiranya mereka terus memakai hijab atau pakaian yang mewakili simbol agama atau politik.

Untuk rekod, pada tahun 2017, mahkamah Kesatuan Eropah di Luxembourg pernah membuat keputusan yang memberi hak kepada majikan untuk melarang pekerja memakai pakaian yang mewakili simbol agama atau politik.

Manakala mahkamah di Perancis pula pada 2014 pernah membenarkan majikan memecat seorang wanita Muslim yang memakai hijab ketika bekerja di pusat jagaan kanak-kanak.

EU bidas dakwaan penerima suntikan AstraZeneca di Malaysia tidak dibenarkan masuk eropah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

EU Bidas Dakwaan Penerima Suntikan AstraZeneca Di Malaysia Tidak Dibenarkan Masuk Eropah

WHO Yakin EURO 2020 Bakal Lahirkan Varian Baharu COVID-19, Minta Negara Eropah Jangan Degil

Bersedia Untuk Ditahan Polis Jika Bercakap Mengenai COVID-19 Di Negara Eropah Ini