Apa yang anda akan lakukan jika anda di larang sama sekali daripada melakukan aktiviti sosial – seperti berparti, membeli barangan mewah dan bersosial dengan gadis-gadis?

Tetapi itulah yang berlaku kepada Wang Sicong, seorang anak jutawan hartanah dan pewaris kepada kekayaan ayahnya yang bernilai kira-kira $12.5 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau telah dilarang daripada melakukan aktiviti-aktiviti mewah – penerbangan kelas pertama, membeli harta, menginap di hotel mewah, pergi bercuti, bermain golf, atau berkunjung ke kelab malam.

ap5gq5n_700b
Daily Mail

Wang di larang daripada merasai kemewahan ini bulan lalu melalui perintah mahkamah setelah syarikatnya Shanghai Panda Entertainment Co tewas tuntutan mahkamah dan diminta untuk membayar segala hutang berjumlah $21.6 juta yuan (RM89.6 juta).

Pewaris kepada kekayaan ayahnya dirujuk orang ramai sebagai ‘anak muda paling senang di China’ dan sering mempamerkan kekayaannya di media sosial.

Wang dididik di luar negara, beliau bersekolah di Singapura dan kemudian di Winchester College yang menelan kos sebanyak £41,000 setahun – salah satu sekolah awam terkemuka di England – dan kemudian ke University College London di mana beliau mengambil jurusan falsafah.

20855608-7672171-image-a-23_1573467534165

Anjingnya, Coco the Alaskan Malamute, menjalani kehidupan yang mewah.

Aset haiwan kesayangan itu termasuk dua jam tangan Apple, lapan iPhone 7, beg tangan Fendi dan tali kulit Hermes dan wang tunai. Dia juga mempunyai jet peribadi dan pemandu sendiri.

Sistem Kredit Sosial

Perintah mahkamah ke atas Wang adalah sebahagian daripada sistem kredit sosial yang ketat di negara tersebut. Ia adalah sistem baharu yang menilai perilaku 1.4 bilion penduduknya. Rakyat China akan dinilai berdasarkan skor sosial yang diperoleh oleh mereka. Jika mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka boleh dihukum dan diharamkan daripada menggunakan segala kemudahan.

Kesalahan lain yang boleh memberi kesan kepada penilaian kredit sosial adalah gagal membayar saman, melepak atau gagal menjaga anjing dengan baik.

aO0Qq3v_700b

China sedang berusaha untuk menggabungkan sistem ini bersama-sama dengan sistem kamera keselamatan yang mampu untuk mengenali setiap wajah bagi tujuan pengawasan.

Sistem ini dikhabarkan bakal beroperasi pada tahun 2020, tetapi masih dalam peringkat ujian dengan melibatkan beberapa bandar besar di China.

Sistem kredit sosial telah menghukum berjuta-juta orang daripada menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan China.

Berikut adalah cerita lain mengenai hutang yang anda perlu tahu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kerana Hutang, Lelaki Ini Terpaksa Lepaskan Koleksi Hot Wheels Bernilai Lebih RM250,000

Kerana Hutang, Rangkaian Restoran Milik Jamie Oliver Terpaksa Ditutup

Kerajaan Cadang Untuk Memperkenalkan Cukai Baharu Bagi Membayar Hutang Negara