Sejak Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke penjara selepas tewas di Mahkamah Persekutuan, pelbagai pandangan yang kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang melihat ini adalah hukuman yang tidak adil, manakala sebahagian pula menganggap ia adalah satu kemenangan yang besar selepas negara perlu menanggung beban hutang yang besar akibat perbuatan Najib yang didakwa menggelapkan berjuta ringgit duit rakyat Malaysia.

Bagi Yusuf Azmi, seorang aktivis, beliau bersetuju bahawa hukuman penjara kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh Najib tetap perlu dihormati dan ditaati. Bagaimanapun, beliau merasakan mahkamah sepatutnya memberi Najib lebih banyak masa untuk membentangkan bukti bagi menyanggah semua tuduhan ke atasnya dalam mencari keadilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam satu klip video yang berdurasi beberapa minit yang kini tular di media sosial, Yusuf Azmi berkata, “Hukuman yang dijatuhkan mahkamah kita tidak boleh nak ingkar, sebab perkara ini seolah-olah kita melanggar hukum negara kita ini, keluhuran pelembagaan, kedaulatan undang-undang, maksudnya kita tak boleh nak kata mahkamah meletakkan satu benda yang tak betul dan tepat. 

“Tetapi kita juga perlu melihat keadaan, di mana dengan usia beliau yang saya nampak yang perlu diberikan masa, ataupun tempoh. Dengan faktor kesihatan dan sebagainya, apa saya nampak hukuman mesti dijalankan. hukuman perlu diteruskan, tapi bagi saya kita perlu ada budi bicara.

“Walaupun ia jenayah, penipuan dan sebagainya. tetapi bagi saya, yang kita harap ini bukan hukuman politik, berdasarkan pilihan raya nak dekat, bukan kerana disebabkan hari ini PRU dah tak lama lagi kan, ataupun nak menjatuhkan dan sebagainya, kita harap begitulah,” katanya.

Walaupun komen ini dilihat seolah-olah sebuah komen yang selamat. Bagi pengguna maya, mereka merasakan bahawa Yusuf Azmi seolah-olah menyokong Najib yang telah ‘mencuri’ berjuta duit rakyat untuk kepentingan peribadi. Sebahagian pengguna maya turut mendakwa bahawa Yusuf Azmi seolah tidak  berpendirian kerana pernah menampar warga asing yang mencuri untung dengan menjual baju ‘copy ori’ Semboyan, tetapi bersikap terbuka apabila Najib didapati bersalah mencuri berbilion ringgit dana rakyat.

Yusuf Azmi berang ZhafVlog nilai filem Syahadan ‘3/5 Shit’, mahu jumpa ajar pasal adab. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Yusuf Azmi Berang ZhafVlog Nilai Filem Syahadan ‘3/5 Shit’, Mahu Jumpa Ajar Pasal Adab