Kematian remaja berketerunan Ireland Perancis, Nora Anne Quoirin yang meninggal dunia setelah dilaporkan hilang di sebuah resort di Port Dickson pada 2019 telah diputuskan sebagai peristiwa malang (misadventure) dan tiada penglibatan pihak ketiga.

Menurut laporan Malaysiakini, keputusan itu dicapai oleh mahkamah koroner Seremban selepas merumuskan keterangan 47 orang saksi yang bermula sejak Ogos tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan inkuiri berkenaan diumumkan hari ini di Kompleks Mahkamah Seremban dan mengambil masa sehingga dua jam sebelum Koroner Maimoonah Aid berkata tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian tersebut dan ianya mungkin berpunca kerana kecelakaan.

“Selepas mendengar semua bukti yang relevan, saya memutuskan bahawa tiada sesiapa terlibat dalam kematian Nora Anne.

“Kemungkinan besar dia meninggal dunia kerana kecelakaan ketika keluar dari sora house (di Dusun Resort) seorang diri dan kemudian tersesat di kawasan kebun sawit tinggal.

“Bagi saya untuk membuat spekulasi dan menganggap tindakan dan penglibatan pihak ketiga tanpa fakta yang dibuktikan adalah merupakan pelanggaran kepada tugas saya.

“Dengan ini inkuiri ini ditutup,” kata beliau seperti dipetik Malaysiakini.

Kes kehilangan Nora Anne sebelum ini pernah menggemparkan negara selepas dia dilaporkan hilang selama sepuluh hari sebelum mayatnya ditemui berhampiran resort The Dusun yang terletak di Negeri Sembilan.

Mayatnya ketika itu ditemui berkeadaan tidak berpakaian oleh sekumpulan pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari di kawasan berlurah yang berada berhampiran sungai.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai kes kehilangan Nora Anne pada 2019 melalui pautan di bawah. 

Remaja Ireland Berusia 15 Tahun Dilaporkan Hilang Di Seremban

Pihak Polis Umum Nora Anne Meninggal Dunia Kerana Kelaparan

Keluarga Sahkan Mayat Yang Ditemui Nora Anne