Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa sangka perkembangan teknologi artifical intelligence (AI) atau kecerdasan buatan sudah mampu sedikit sebanyak menggantikan tugas hakim di mahkamah.

Teknologi yang bakal diaplikasikan di mahkamah Sabah ini bakal menyaksikan negeri ini bakal menjadi negeri pertama di Malaysia serta Asia menggunakan teknologi AI.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
liew_vui_keong_parliament_0304

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Sumber: Malay Mail

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, sistem ini bakal digunakan di Mahkamah Kota Kinabalu bagi kes jenayah pada 17 Februari ini buat pertama kalinya.

Sebagai permulaan, AI ini bakal menentukan kesalahan membabitkan pertuduhan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kesalahan rogol.

90641F7A-AD0D-4EB7-AF68-AF2EF49F79AC

Difahamkan penggunaan teknologi AI ini dipilih selepas melihat keberkesanan dan konsistensi dalam menjatuhkan hukuman berdesarkan percubaan. Penawaran teknologi ini bakal turut diperluaskan kepada beberapa kesalahan lain termasuk kesalahan trafik serta kematian pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, di sebalik penggunaan teknologi yang serba canggih ini, hakim dan majistret masih berpeluang menganalisa keputusan yang dijatuhkan pihak AI dan dibenarkan berhujah sebelum menjatuhkan hukuman.

Kami kongsikan beberapa artikel lain berkaitan Sabah yang hangat dibincangkan netizen sebelum ini.

Cubaan Bunuh Diri Ala Hollywood Yang Gagal Di Sabah

Kenapa Harga Tiket Ke Sabah Dan Sarawak Mahal? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Anda Mungkin Suka