Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kecoh sejak tahun lalu apabila Bella yang merupakan seorang remaja sindrom Down didakwa diabaikan dan dianiya oleh penjaga Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.

Artikel Berkaitan:

Situasi yang berlaku sekaligus telah menimbulkan pelbagai respon dan persepsi di kalangan orang ramai terhadap Siti Bainun selepas terdapat dakwaan Bella didapati lemah serta badannya seolah melecur terkena air panas.

Terbaharu, pihak Mahkamah Sesten Kuala Lumpur telah mendapati pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun bersalah terhadap dua dakwaan mengabai dan menganiaya Bella.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu. Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana abai dan aniaya Bella.