Tahukah anda bahawa terdapat satu kes di mana seorang wanita Malaysia yang mahu mengisytiharkan dirinya bukan lagi penganut agama Islam dan mahu mendapatkan perintah mahkamah untuk beliau bebas menganut agama Konfusianisme dan Buddha.

Bagaimanapun, menurut Malay Mail, tuntutan yang beliau bawa telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi semalam dan ini bermakna Mahkamah Tinggi tidak akan mendengar kes yang dibawa oleh beliau. Namun, wanita itu tidak berputus asa, beliau dilaporkan telah memfailkan rayuan kepada pihak mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-dua peguam, Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali, yang mewakili peguam negara dan peguam yang mewakili wanita itu Fahri Azzat mengesahkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid telah menolak permohonan wanita itu untuk kebenaran semakan kehakiman. Namun difahamkan bahawa keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah dan dihantar melalui e-mel itu tidak dinyatakan alasan disebalik keputusan terbabit.

Bagi anda yang tidak faham mengapa saman beliau ditolak. Dalam proses perundangan, saman yang difailkan melalui permohonan semakan kehakiman, kebenaran hendaklah diperoleh terlebih dahulu daripada mahkamah sebelum kes itu boleh didengar. Pada peringkat ini, Peguam Negara tidak mewakili kerajaan, sebaliknya mempunyai peranan untuk tampil atas kapasiti Peguam Negara sendiri untuk membantu Mahkamah Tinggi menapis sebarang permohonan yang ‘remeh’.

Wanita berusia 32 tahun itu dilahirkan daripada keluarga yang bapanya mualaf dan ibunya Islam. Beliau yang tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah telah lahir sebagai Muslim ketika kedua ibu bapanya beragama Islam. Dia kemudiannya dibesarkan oleh ibunya selepas pasangan itu bercerai, namun beliau tidak pernah mengamalkan Islam dan ibunya pula tidak pernah memaksa beliau untuk mengamalkan Islam sepanjang hidupnya, kata peguam untuk wanita terbabit.

Pada Ogos 2018, beliau telah memilih untuk menganut Konfusianisme dan Buddhisme. Dia kemudiannya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang Muslim atau murtad. Dia juga mahu mendapatkan perintah mahkamah bahawa dia tidak perlu menghadiri sebarang sesi kaunseling yang berkaitan dengan Islam.

Di Mahkamah Tinggi Syariah, wanita terbabit berkata bahawa dia tidak pernah melafazkan Syahadah dan tidak mempercayai ajaran Islam. Beliau turut menegaskan bahawa dia didaftarkan sebagai seorang Muslim disebabkan pelaksanaan undang-undang. Wanita itu juga telah menegaskan bahawa dia menganut agama Konfusianisme dan Buddhisme serta telah menjalani cara hidup sebagai seorang penganut agama tersebut.

Mahkamah Tinggi Syariah pada Disember 2018, sebelum mendengar permohonan wanita tersebut, telah memerintahkan beliau untuk menghadiri sesi kaunseling selama enam bulan. Beliau yang akur dengan perintah tersebut telah menjalani sesi tersebut yang berlangsung pada Januari 2019.

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan beliau untuk diisytiharkan bukan lagi beragama Islam dan memerintahkan beliau untuk menjalani ‘istitabah’ atau taubat dan kelas Islam serta kaunseling akidah. Pada Ogos 2020, dia merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur, yang kemudiannya pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya.

Dia kemudiannya memfailkan tuntutan mahkamah ini di Mahkamah Tinggi sivil.

Di Mahkamah Tinggi Sivil, wanita tersebut menuntut 12 perintah mahkamah, termasuk pengisytiharan bahawa mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi seorang Muslim. Dia juga memohon pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi sivil bahawa dia bukan lagi seorang Muslim dan pengisytiharan bahawa dia berhak menganut agamanya Konfusianisme dan Buddhisme.

Beliau juga meminta Mahkamah Tinggi sivil mengisytiharkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Julai 2020 dan Mahkamah Rayuan Syariah Disember 2021 – yang menolak permohonannya untuk diiktiraf sebagai bukan lagi seorang Muslim – sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang dan mahu keputusan mahkamah Syariah dibatalkan.

Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk memaksa Mahkamah Rayuan Syariah mengeluarkan segera perakuan keluar dari agama Islam dan dokumen undang-undang lain yang diperlukan dan diberikan pampasan ke atas sesi kaunseling yang beliau terpaksa hadir, serta penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah Syariah.

Anak perempuan bekas Presiden Indonesia tukar agama dari Islam ke Hindu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Anak Perempuan Bekas Presiden Indonesia Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu

Seorang Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton ‘Sinetron’

Salahkah Aku Menganut Islam? Kisah Muslim Di Dali, Yunnan, China