Kecoh sejak tahun lalu apabila Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Datuk Addy Kanna merupakan didakwa sebagai antara dalang dalam aktiviti Macau Scam. Bermula dengan dakwaan dan siasatan, sindiket ini dikatakan turut melibatkan 31 anggota polis.

Selepas lebih separuh tahun sejak dakwaan pertama dijalankan, pihak Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan Datuk Addy Kanna dan dua anggota polis yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian dibebaskan dengan serta-merta.

Berdasarkan laporan, Zaidi, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad tampil merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan permohonan writ habeas corpus mereka supaya dibebaskan dengan serta-merta.

new_legal_year_100120d
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dilaporkan bersetuju responden terdiri daripada mahkamah majistret, ketua polis negara, kerajaan dan Asistan Superintenden Khairul Fairoz Rodzuan tidak memenuhi keperluan undang-undang untuk menjustifikasi kesahan penahanan ketiga-tiga mereka.

Hakim Tengku Maimun membenarkan rayuan di mana perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ habeas corpus perayu iaitu Addy Kanna dan dua anggota polis dibenarkan sekaligus perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan serta merta.

Sebelum ini, pihak polis telah mengesahkan terdapat 31 anggota polis yang bersubahat dengan Addy Kanna dalam menjalan Macau Scam.

Terlibat Aktiviti Macau Scam, 31 Polis Bersubahat Dengan Addy Kanna Bakal Diberhentikan Kerja

Hampir Dua Bulan Disiasat, Alvin Goh Dan Addy Kanna Akhirnya Ditahan Dua Tahun Dibawah POCA

Sumber