Tular pada minggu ini apabila seorang remaja disahkan mencuri tabung masjid di mana beliau telah berjaya ditangkap oleh pihak jawatankuasa masjid serta dihukum dengan ‘dimandikan jenazah’.

Tindakan remaja tersebut bersama pihak ahli masjid berkenaan sekaligus menjadi bualan pihak netizen selepas tular sebuah video yang memperlihatkan beliau ‘dimandikan’. Situasi menjadi lebih panas apabila datuk kepada remaja tersebut tampil memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan cucunya mencuri untuk membeli ubat.

Terbaharu, remaja bernama Daniel Iskandar yang sebelum ini didapati bersalah dan terpaksa menjalani hukuman penjara 10 hari beserta denda RM4,000 nampaknya telah menerima hukuman yang telah digantikan.

Menerusi keputusan pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam, Daniel Iskandar dilaporkan telah digantikan hukuman yang dikenakan dengan hukuman khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh 6 bulan.

Diharap hukuman terbaru yang diterima sekaligus dapat mengubah remaja ini untuk berubah sekaligus dapat meninggalkan najis dadah agar situasi lepas tidak lagi berulang.

Sebelum ini, PU Syed antara yang terawal mengkritik tindakan ahli masjid terhadap remaja ini yang mencuri tabung masjid.

Hukum Pencuri Dengan ‘Mandi Jenazah’, Tindakan Ahli Masjid Ini Terima Kritikan PU Syed

‘Bukan Untuk Ubat Tapi Dadah’- Ini Respon Datuk Remaja Yang Dimandi Macam Jenazah