Penjenayah paling diburu Jho Low (Low Taek Jho) dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi semalam kerana gagal mematuhi injunksi Mareva yang diberikan kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz berikutan permohonan yang dibuat oleh peguam bela 1MDB daripada Tetuan Skrine, lapor akhbar kewangan The Edge.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga penentuan kes antara plaintif dan defendan.

Berikutan itu, kedua-dua Low dan Hock Peng boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga kedua mereka bersih dari kesalahan yang dikenakan ke atas mereka.

Pada 12 Ogos, Hayatul memberikan kebenaran kepada 1MDB dan Global Diversified Investment Company (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) untuk memulakan tindakan terhadap kedua-dua mereka.

1MDB dan Global Diversified Investment Company memperoleh injunksi ex-parte Mareva pada 16 Mac, dan ini disahkan pada 20 April, di mana syarikat tersebut memohon untuk membekukan AS$1.03 bilion aset Jho Low dan AS$401.5 juta lagi aset Hock Peng, iaitu dikatakan ada kaitan dengan 1MDB.

Injunksi itu juga mengehadkan Jho Low dan bapanya daripada membelanjakan tidak lebih RM20,000 sebulan setiap seorang untuk sara hidup dan perbelanjaan guaman.

Jika mereka memerlukan lebih daripada jumlah itu, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada 1MDB dan peguam Global Diversified.

Perintah itu juga menyatakan bahawa Jho Low dan bapanya mesti membuat pendedahan bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung aset mereka, masing-masing bernilai AS$1.03 bilion dan AS$401.5 juta, sama ada dalam atau luar negara, atas nama mereka sendiri atau sebaliknya, dan sama ada di bawah milikan tunggal atau bersama.