Lantaran terlalu minat dengan Jennie Blackpink, seorang influencer kontroversi iaitu Christian Albert Gaza atau nama glamornya Xian Gaza dari Filipina telah menempah papan iklan berdekatan agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment.

Iklan tersebut mengajak Jennie Blackpink untuk keluar makan malam bersamanya dan mengatakan dirinya akan jadi lelaki terbahagia jika dapat berjumpa dengan Jennie. Difahamkan harga untuk dua papan iklan tersebut berharga RM123,000.

Menurutnya, iklan adalah caranya untuk menghubungi Jennie kerana tidak tahu cara untuk menghubunginya. Akan tetapi, tindakannya itu mengundang kemarahan para peminat Blackpink terutama sekali Jennie dan meminta YG Entertainment melindungi penyanyi kesayangan mereka.

Mana tidaknya, para peminat mendakwa lelaki tersebut adalah ‘scammer’ kerana pihak kerajaan dan portal bisnes Filipina telah memberi amaran kepada orang awam bahawa pelaburan mata wang digital kelolaan Xian itu kemungkinan skim Ponzi.

Menerima pelbagai reaksi, Xian Gaza dalam satu perkongsian di Facebook mengatakan dia akan hormat keputusan Jennie jika tidak mahu keluar makan malam dengannya kerana tujuan utama dia sewa papan iklan itu adalah untuk mendapatkan perhatian Jennie.

Tambahnya, dia tidak kisah mengeluarkan wang yang banyak kerana kegembiraan dan kepuasan yang dirinya perolehi daripada perbuatannya itu adalah tidak ternilai dan tiada jumlah wang yang dapat mengatasinya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Blackpink pada pautan di bawah.

Agensi ‘Pilih Kasih’ Larang Lisa Blackpink Hadiri Minggu Fesyen Paris, Peminat Tuntut Keadilan

Netizen Dakwa Kim Kardashian Tiru Style Photoshoot Jennie Blackpink?

Cubaan Melelong Kerusi Yang Digunakan Oleh Lisa Manabon Dengan Harga RM13,000 Dikecam Peminat Blackpink