Seorang ibu di England tidak memaksa anak-anaknya untuk pergi ke sekolah dan telah meminta mereka untuk fokus menjadi artis TikTok. Bagi ibu ini, buku adalah perkara paling bosan dan menyusahkan.

Carla Bellucci, ibu kepada tiga anak yang tinggal di Hertfordshire telah menyuruh anak-anaknya memberi tumpuan untuk membuat video TikTok. Dia juga menyatakan mahu anaknya menjadi terkenal di media sosial.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Wanita berusia 38 tahun itu itu mendakwa anak perempuannya, Tanisha (15) dan anak lelakinya, Jayden (12) tidur sehingga jam 10 pagi setiap hari dan bila mereka bangun, mereka akan menghabiskan masa dengan bermain permainan video dan menghasilkan kandungan terbaharu untuk dimuat naik di laman Instagram.

“Satu-satunya perkara yang dibaca oleh Tanisha sejak perintah penguncian adalah kemas kini Instagram dan satu-satunya matematik yang dilakukannya adalah mengira berapa banyak pengikut yang dia dapat di Instagram.

“Dia tidak berminat ke sekolah dan saya tidak akan memaksanya,”  kata Carla. Baginya, dia percaya bahawa cara anaknya menghabiskan masa dengan bermain Instagram dan melakukan video TikTok jauh lebih berharga daripada belajar.

“Saya memutuskan bahawa anak-anak akan menggunakan masa ini untuk fokus menjadi terkenal dan membantu karier saya dengan mengambil gambar saya. Saya tidak peduli jika mereka tidak belajar di rumah sejak mereka dikurung.

“Mereka akan menjadi lebih yakin dan fokus pada matlamat mereka untuk menjadi bintang TikTok, YouTube atau Instagram dan itulah kerjaya yang tepat dengan wang.”

Carla kemudian menggambarkan anak-anaknya sebagai “pintar, tetapi tidak pintar dengan buku”, sambil menambah bahawa dia berpendapat “buku adalah untuk orang yang membosankan.”

Sebelum ini Azhar Sulaiman pernah menasihati anaknya yang terjebak dengan ‘trend’ TikTok, klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Puji Cara Azhar Sulaiman Nasihat Anak Selepas Terjebak ‘Kegilaan’ TikTok

Asyik ‘Ber-TikTok’ Di Pejabat, Telefon Pekerja Ini Dilempar Ke Lantai Oleh Bos Sendiri

Video TikTok ‘Anak Ibu’ Dipadam Selepas Terima Reaksi Negatif Netizen?

Anda Mungkin Suka