Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil, melukis di merata-rata tempat merupakan salah satu aktiviti wajib mereka. Lebih-lebih lagi pada kawasan dinding rumah, pintu bilik dan tidak kurang juga melukis pada anggota badan sendiri.

Akan tetapi macam mana pula kalau anak-anak kecil anda melukis pada badan kenderaan anda? Pasti 1001 perasan datang mengganggu pemikiran anda.

Baru-baru ini pengguna Facebook berasa kagum dan terpesona melihat beberapa keping gambar yang tular di mana seorang kanak-kanak perempuan sedang melukis pada sebuah kereta Toyota Ipsum. Hantaran tersebut telah mendapat ratusan share dan komen positif oleh para pengguna Facebook.

Untuk pengetahuan semua, Toyota Ipsum merupakan sebuah MPV yang mempunyai 7 tempat duduk di mana pengeluaran kereta ini hanyalah pada tahun 1995 sehingga 2009 sahaja. Agak rare juga model kereta ini di Malaysia.

Bila ditanya kepada Tuan Ahmad Farid Ashraf dari mana dia mendapat idea untuk bagi anak perempuannya melukis pada kereta, jawabnya memang idea itu dari adik Sofea sendiri.

“Idea itu datang dari Sofea sendiri. Saya cuma guide untuk di mana boleh lukis dan di mana tidak boleh Sofea lukis. Dia banyak baca komik dan tengok tv, jadi dari situlah kebanyakan idea dia timbul.”

Menurut Tuan Ahmad Farid, anak perempuan beliau bernama Sofea mula melukis semenjak umur 4 tahun lagi. Waktu itu, beliau anggap itu hanyalah hobi anak perempuannya sahaja sama seperti anak-anak kecil yang lain.

“Tapi lepas cikgu di tadika asyik hantar gambar dia melukis di whiteboard masa rehat, saya nampak kene guide dia dalam melukis ni.”

Kami tanya kepada bapa kepada adik Sofea samada anak perempuan beliau belajar melukis dari beliau ataupun adik Sofea belajar sendiri? Tuan Ahmad Farid nyatakan anak perempuan beliau belajar melukis dengan meniru lukisan beliau.

“Sofea selalu tanya saya macam mana hendak melukis itu, macam mana hendak lukis ini. So saya lukiskan apa yang dia nak dan Sofea akan copy lukisan saya.”

vocket-adik-ainnur-sofea-11-1

Sumber Gambar: Facebook Tuan Ahmad Farid Ashraf

Yang membuat cerita ini menjadi lebih menarik apabila Tuan Ahmad Farid menyatakan kawan-kawan beliau mengatakan beliau mengerah kedua-dua anaknya seperti askar.

“Saya tidak beri anak-anak saya bermain gajet. Setiap weekend mereka akan kene buat general cleaning, ala macam parent dulu-dulu buat. Zaman sekarangkan anak ada seorang satu smartphone, tengok YouTube dekat tab. Anak-anak saya tidak dapat. Sebab itu kawan-kawan kata saya selalu kerah anak-anak mcm askar.”

Bila ditanya adakah anak-anak beliau tidak kisah mereka tidak diberikan gajet, jawab Tuan Ahmad Farid beliau menggantikan gajet dengan benda lain mengikut minat masing-masing.

“Ada juga mereka mintak sebab kawan-kawan dan sepupu semua dapat. Tapi saya strict. Kalau nak benda lain Insha-Allah saya usahakan. Anak sulung nak main bola, saya usahakan kasut, masuk akademi belikan jersi. Sofea pula suka melukis, saya bawa ke mana saja tempat yang boleh melukis.

“Sebagai ganti gadjet. Dengan buat macam itu, Alhamdulillah smartphone saya tidak pernah mereka berebut. Even kalau ada call pun mereka hanya beritahu tanpa sentuh,” tambah Farid.

vocket-adik-ainnur-sofea-13

Sumber Gambar: Facebook Tuan Ahmad Farid Ashraf

“Buat ibu bapa jangan halang minat anak-anak. Jangan anggap seni melukis sesuatu yang terkebelakang dan tiada masa depan. Sokong minat anak-anak dan bagi galakkan berserta panduan yang betul,” itulah pesan Tuan Ahmad Farid kepada orang ramai supaya sentiasa menyokong bakat anak-anak kerana setiap satu antara mereka mempunyai kecenderungan minat yang berbeza.

Baca lagi artikel-artikel yang terbaru yang disiarkan untuk pembaca The Vocket pada minggu ini.

Mahu Bantu Kanak-Kanak Malaysia, Lelaki Ini Hasilkan 14 Aplikasi ‘Game’ Pembelajaran Interaktif

PlayStation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa, Pemilik Homestay Rugi Lebih RM6,000

Bagaimana Hasil Ciptaan Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Jutaan Nyawa Pemandu Hingga Ke Hari Ini

Anda Mungkin Suka