Hari pertama persekolahan bagi kanak-kanak di Malaysia adalah antara hari di mana pelbagai cerita yang kita dengar. Dari ibu bapa yang melekat di hadapan pintu kelas dari pagi hingga petang dan kanak-kanak yang menangis merengek mahu pulang ke rumah.

Selain itu, perkara-perkara comel dan di luar kebiasaan ini akan membuatkan kanak-kanak ini ingat kenangan di hari pertama sekolah mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi pelajar ini pula, di hari pertama persekolahan akan menjadi sesuatu yang akan diingati oleh pelajar tahun 1 ini. Ibu bapanya yang turut hadir pada hari pertama persekolahan turut memakai pakaian seragam sekolah yang serupa sebagai tanda solidariti kepada anaknya.

“Ibu sama-sama berpakaian sekolah beri semangat untuk anak-anak melangkah ke darjah 1. Mohd. Fadzil Abu Naim, 41 dan Nurul Aini Mohd olwi, 41 menghantar anaknya, Muhammad ishraq aydan. 7 ke orientasi sekolah hari ini,” tulis kapsyen yang dimuat naik oleh Kosmo.

Video yang dimuat naik oleh Kosmo menunjukkan Mohd Fadzil, 41 dan Nurul Aini Mohd Olwi, 41, memakai pakaian sekolah rendah yang sama seperti anak mereka.

Dalam video itu, kanak-kanak lelaki itu kelihatan gugup, tetapi bersedia untuk menghadapi satu fasa yang baharu setelah diberi kata-kata motivasi oleh ibu bapanya.

Video yang tular itu telah mendapat reaksi netizen. Pengguna media sosial memuji usaha mereka dan berharap cara mereka mampu untuk menjadi teladan buat ibu bapa yang lain.

https://twitter.com/ddubiejini/status/1637944294446338049