Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menjalin kerjasama bersama Yayasan KRU menerusi program ‘Kita Jaga Kita’. Golongan belia dari keluarga B40 dapat memperkasakan ilmu keusahawanan digital dengan mengikut latihan ‘Social E-Commerce’.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden, Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan KRU, berkata “Kami telah melancarkan program “Kita Jaga Kita” pada 1 Jun tahun lalu. Matlamat Yayasan KRU adalah untuk melahirkan 100 orang usahawan dalam kalangan mahasiswa khususnya dari keluarga kumpulan B40 di Malaysia sepanjang tahun 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Yayasan berterima kasih kepada PTPTN kerana membantu kumpulan pertama seramai 20 orang belia warga Malaysia menyertai program ini sekaligus melayakkan mereka mendapatkan pensijilan professional bertaraf antarabangsa.”

Penyampaian sijil kepada para pelatih terlibat disempurnakan oleh Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden, Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan KRU dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

Sijil tamat latihan dan akreditasi dari badan profesional ‘Adobe Certified Professional – Premiere Pro’ telah disampaikan kepada 20 pelatih yang menyertai program ini.

Untuk pengetahuan anda, latihan telah dijalankan selama sebulan secara hibrid dan merangkumi modul berkaitan keusahawanan digital dan penerbitan kandungan kreatif.

Program ini diharapkan agar dapat memberi impak kepada pelatih dalam mengembangkan perniagaan yang sedang atau akan diusahakan dari segi penghasilan karya kreatif, penguasaan kemahiran teknikal, penjenamaan produk dan penjenamaan peribadi usahawan itu sendiri.

Yayasan KRU berharap mereka bukan saja menjadi usahawan yang berjaya tetapi juga menjadi ‘job creators’ dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi belia warga Malaysia yang lain.

Yayasan KRU ingin menjemput sektor awam, swasta serta orang ramai untuk bersama-sama Yayasan KRU menjayakan inisiatif “Kita Jaga Kita”. Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran sebagai sukarelawan, rakan strategik dan permohonan program latihan, sila layari laman sesawang ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak

Bantu ‘Stranger’ Ikat Tali Leher, Layanan Persis Anak Sendiri Bikin Netizen Terharu

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Ikutan Di TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed Buat Pengantin Baharu