Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan kesan kepada sektor ekonomi dan ramai terkesan disebabkan penularan wabak tersebut. Sebuah kempen dikenali sebagai #RelayBersamaJiayou telah diperkenalkan untuk membantu anda di luar sana.

LG Household & Health Care Malaysia, syarikat induk jenama kecantikan terkenal THEFACESHOP tampil dengan inisiatif ini sebagai tanda sokongan kepada komuniti yang memerlukan sambil mendapatkan produk kecantikan yang penting dalam kehidupan seharian mereka jadi buah mulut ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

RelayBersamaJiaYou_key visual

Difahamkan, pihak LG Household & Health Care Malaysia mahu memastikan golongan memerlukan tidak terkecuali memiliki barangan keperluan seperti pembasmian kuman, tisu pembersih tangan, dan topeng wajah KF-AD yang dianggap ‘mahal’ untuk dimiliki.

Malah, pihak LG Household & Health Care Malaysia turut bekerjasama dengan Yayasan Ginjal Nasional Malaysia (NKF), MAKNA, Komuniti Tukang Jahit Malaysia, Rumah Epik dan Yayasan MyKasih untuk memberikan barangan tersebut kepada penerima yang layak.

RelayBersamaJiayou Donation Items

Mulai 13 Mac 2021, rakyat Malaysia dapat bergabung untuk memberikan barangan keperluan tersebut dengan membeli barangan kecantikan mereka dari  THE FACE SHOP, belif, Beyond dan semua jenama yang mengambil bahagian di bawah payung syarikat melalui kedai runcitnya di seluruh negara serta secara dalam talian.

Bukan itu sahaja, para pembeli juga boleh berikan sumbangan kepada penerima pilihan mereka untuk menerima produk penting dari LG Household & Health Care Malaysia, tertakluk kepada jumlah perbelanjaan setiap transaksi. Tunggu apa lagi, jangan lupa membeli sambil beramal.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pandu Proton X50 Pelanggan 180km/j, Sales Advisor Kemalangan Dan Kereta ‘Total Lost’

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Jelaskan Perkara Sebenar