Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak kini diberikan telefon pintar oleh ibu bapa bagi tujuan bermain game mahupun menonton kartun pada platform YouTube. Malah, kanak-kanak zaman kini juga dilihat sangat cilik dan pantas dalam mengakses kandungan yang tersedia pada YouTube.

Dalam usaha untuk membantu para ibu bapa dan kanak-kanak meluangkan masa secara berkualiti, seorang pemuda iaitu Muhammad Syamil telah berkongsi di Facebook hasil 14 game pembelajaran interaktif yang dihasilkan beliau khusus buat kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian yang dibuat nyata berjaya mendapatkan sambutan yang meriah daripada para ibu bapa di Malaysia serta meraih lebih puluhan ribu shares di Facebook.

Mulai menghasilkan aplikasi kanak-kanak sejak 2017

109543842_3449911945042899_7432075931741204263_o
Sumber: facebook syumul studio

Melalui perkongsian kepada VOCKET, Muhammad Syamil daripada Syumul Studio memaklumkan beliau mengambil masa selama lebih tiga tahun sejak 2017 untuk menghasilkan aplikasi kanak-kanak ini.

Mengulas mengenai dorongan yang mebuatkan beliau tergerak hati untuk menghasilkan aplikasi kanak-kanak, beliau memaklumkan semuanya dilakukan bagi tujuan untuk menyebarkan ilmu pembelajaran peringkat awal dalam bentuk game Bahasa Malaysia.

Kebanjiran game berunsur pembelajaran yang majoritinya menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia antara yang mendorong beliau untuk menghasilkannya.

Selain itu, beliau juga bercita-cita agar kanak-kanak lebih tertarik untuk bermain game yang lebih bermanfaat pada masa terluang.

Hasilkan 14 game pembelajaran pada Android dan iOS tanpa iklan

101372655_3286503361383759_3677599883600068608_o

Lebih mengagumkan, beliau memilih untuk tidak menyertakan iklan pada aplikasi game interaktif yang dihasilkan. Matlamatnya cuma satu, supaya kanak-kanak berpeluang mendapat pembelajaran secara interaktif dengan percuma tanpa sebarang gangguan iklan dan sebagainya.

Beliau juga turut menyarankan agar ibu bapa turut bersama anak-anak untuk membantu serta mengajarkan kepada anak-anak topik yang sedang dipelajari.

Game yang ditawarkan serta sedia dimuat turun pengguna terdiri daripada game interaktif seperti Belajar ABC, Nombor dan Warna, Belajar Huruf Jawi, Alif Ba Ta, Belajar Matematik, Tambah dan Tolak dan Belajar Bahasa Arab serta Huruf Hijaiyyah.

Para pengguna, ibu bapa serta guru berpeluang mencuba dengan memuat turun 14 aplikasi yang ditawarkan Shumul Studio dengan klik pautan Facebook di bawah. Setiap aplikasi yang dihasilkan ditawarkan pada platform Android dan juga iOS. Malah, sudah terdapat aplikasi yang sudah mencapai 100,000 kali muat turun.

Setakat perkongsian di muat naik di Facebook hampir 20 jam lalu, perkongsian Muhammad Syamil sudah berjaya meraih lebih 37,000 shares yang khususnya terdiri daripada golongan ibu-bapa yang mahu memberi pendedahan pembelajaran interaktif kepada anak-anak.

Tahniah diucapkan buat Muhammad Syamil daripada Syumul Studio atas usaha mulia dalam membantu kanak-kanak di Malaysia mengakses game interaktif dan bermanfaat.

Ketahui juga tip lelaki ini untuk menghasilkan wasiat Google yang dilengkapi dengan pesanan dan akses.

Lengkap Dengan Pesanan Dan Akses, Lelaki Ini Kongsi Cara Hasilkan ‘Wasiat Google’

Ringkas Dan Mudah, Aplikasi Ini Mampu Ubah Gambar ‘Selfie’ Anda Menjadi Versi Kartun