‘Uncle Kentang’ cukup dikenali oleh rakyat Malaysia atas sebab keprihatinan beliau dalam membantu pihak-pihak yang kurang berkemampuan tanpa kira bangsa mahupun agama dari segi makanan, pengangkutan dan perkhidmatan pengurusan jenazah.

Pada awal minggu ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah berkongsi satu khabar baik melalui satu hantaran Facebook di mana pihak Prasarana bekerjasama dengan beliau untuk membuka sebuah ‘Kedai 10 Sen’.

Menurut beliau, orang ramai boleh hadir ke ‘Kedai 10 Sen’ untuk menderma barangan dan pihak yang memerlukan boleh mendapatkan barang-barang tersebut pada harga sepuluh sen sahaja.

Kedai tersebut akan dibuka di stesen LRT yang terpilih dan Uncle Kentang akan menggajikan rakan kongsinya untuk menjaga kedai tersebut untuk memudahkan urusan kelak.

Setakat ini, lokasi ‘Kedai 10 Sen’ tersebut masih belum didedahkan oleh Uncle Kentang, bagaimanapun beliau akan membuat lawatan tapak pada 9 Februari nanti.

Apabila ‘Kedai 10 Sen’ ini dibuka kelak, bolehlah kita semua hadir dan berikan sokongan dalam apa jua bentuk, sama ada wang ringgit atau barangan bagi membantu pihak-pihak yang kurang berkemampuan.

Uncle Kentang berkongsikan kisah sebenar mengapa beliau memulakan inisiatif bantu uruskan jenazah secara percuma. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pernah Tidak Mampu Urus Jenazah Bapa, Uncle Kentang Buka Mulut Sebab Mulakan Misi Van Jenazah

Projek ‘Uber 10 Sen’ Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Sumber