Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias semalam mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Malam semalam juga, penyanyi Caprice telah berkongsikan beberapa ‘bukti’ daripada beberapa pelajar yang dikatakan pernah menjadi mangsa kepada PU Azman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Caprice juga telah berkongsikan perbualan direct message (DM) antara PU Azman dan pelajar tersebut dan berkata screenshot dikongsinya bukan suntingan dan perbualan itu benar-benar terjadi.

Menurut mangsa, dia tidak memberitahu sesiapa tentang perbuatan tersebut kerana takut ‘jadi apa-apa’ terhadap dirinya dan membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. “Tapi bila jadi macam ni, saya perlu voice out (suarakan) juga sebab perkara ini pernah jadi dekat saya,” kata individu berkenaan yang cuma mahu dikenali sebagai Kim.

Antara perkongsian daripada mangsa menerusi Insta Story Caprice

Caprice mengingatkan netizen supaya dapat membezakan antara aib dan jenayah ketika membahaskan perbuatan tidak baik mereka yang berselindung di sebalik pakaian jubah.

“Siapa-siapa yang panggil benda ni aib, mari saya ingatkan bahawa pedo (Pedophilia) adalah jenayah! Sexual grooming, sexual harrasment juga jenayah. Ini bukan aib. Ini jenayah. Harap semua dapat bezakan tentang aib dan jenayah.

“Dekat Malaysia ni, kalau hang nak jadi seorang pedo yang minat budak sekolah, hang kena pakai jubah, baju Melayu dan guna nama Allah, confirm hang lepas. Kalau hang buncit, muka hodoh dan kerja bank; itu jenayah,” sindir Caprice.

Caprice turut mahu pihak berkuasa ambil berat tentang kes seperti ini dan berharap mangsa yang terlibat mendapat keadilan yang sepatutnya.