Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai Hotel Grand Seasons pastinya ramai yang cukup kenal dengan hotel mewah ini. Menawarkan ratusan bilik dan berada di Kuala Lumpur membuatkan hotel ini menjadi tempat penginapan golongan elit.

Terbaharu, sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan terdiri daripada musafir, pelajar, petugas barisan hadapan dan individu yang memerlukan tempat tinggal sementara hotel berkenaan sedia menawarkan konsep bayar sekadar mampu.

b0cbd36b_z

Sumber: Last Minute

Difahamkan penawaran bilik ini ditawarkan menerusi program Bilik Penginapan Prihatin di hotel berkenaan di bawah penganjuran program Rumah Prihatin.

Menurut Pengarah Pentadbiran dan Program Rumah [email protected] Seasons, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir berkata, bilik penginapan sementara itu merupakan ilham Tan Sri Annuar Musa yang prihatin dan keinginannya menyantuni rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang yang berdepan cabaran kesan pandemik COVID-19.

Dimaklumkan bilik penginapan ini berkonsepkan bayar sekadar mampu bermula serendah RM30 sehari. Dalam pada itu, orang ramai sekadar dapat menetap dalam tempoh tiga hari sahaja. Sehingga kini, terdapat 300 bilik disediakan buat golongan memerlukan menginap di hotel tersebut.

Tular pada hari ini apabila Caprice yang berjaya menjadi buah mulut orang ramai sejak beberapa hari ini akui terlalu emosi serta memohon maaf mengenai isu melibatkan Ebit Lew.

Akui Terlalu Emosi, Caprice Minta Maaf Isu Melibatkan Ebit Lew

Durian Berharga RM500 Sebiji ‘Sold Out’, Dibeli Oleh Menteri Sumber Manusia

Anda Mungkin Suka