Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di beberapa buah negeri. Oleh itu, AirAsia ingin membantu rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk airasia food, airasia fresh dan airasia shop sepanjang tempoh PKP.

Bagi memudahkan rakyat Malaysia tanpa perlu bersesak-sesak ke pasar raya terdekat, anda boleh beli pelbagai pilihan makanan, produk segar, barangan runcit, kecantikan, fesyen dan banyak lagi dengan AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

FreeDelivery_KV_IGf_1080x1080

Menurut Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport berkata, inisiatif perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had ini dapat memudahkan para pelanggan untuk memesan keperluan harian mereka. Dari sayur-sayuran segar, makanan laut, makanan harian hinggalah ke penjagaan kulit atau produk kecantikan, semuanya ada di airasia.com untuk semua.

Ketika ini, perkhidmatan penghantaran percuma hanya tersedia di Lembah Klang sahaja dan akan ditawarkan di kawasan-kawasan lain tidak lama lagi. Untuk membuat pesanan, layari airasia.com atau melalui airasia.com Asean super app.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan pada pautan di bawah ini.

Isu Kedai Makan Tutup Jam 8 Malam, Netizen Minta Kerajaan Buat Perubahan

Ini Cara Untuk Anda Mohon Permit Rentas Negeri Atau Daerah Di Kawasan PKP Dan PKPB

Risau PKP Yang Bakal Berlangsung, Barangan Di Pasar Raya Sekali Lagi Habis Diborong