Tular pada minggu ini serta menjadi buah mulut netizen apabila terdapat seorang pensyarah kontrak dengan gelajar profesor memperlekeh seorang mahasiswa daripada golongan B40 kerana sekadar menggunakan telefon pintar sewaktu sesi pembelajaran menerusi Google Meet.

Situasi yang berlaku turut mengundang kepada pelbagai perbincangan dan persoalan di kalangan netizen. Malah turut tersebar sebuah dokumen sulit yang mendedahkan nama pelajar beserta butiran di mana pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM)memilih untuk membuat laporan polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehubungan dengan itu, pihak UiTM pada hari ini dilaporkan mengambil keputusan untuk merehatkan profesor Dr Roshana Takim selaku pensyarah dalam insiden berkenaan daripada tugasan pengajaran bermula 1 April 2022.

Difahamkan keputusan ini dibuat bagi memastikan keadilan kepada semua pihak. Keputusan ini sekaligus dilihat sebagai kata putus bagi insiden yang berlaku melibatkan dua pihak ini.

Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang agar tiada pelajar yang terkesan dengan tindakan yang dilakukan pensyarah dan juga sebaliknya.

Ketahui lebih lanjut insiden yang menjadi buah mulut netizen melibatkan pensyarah UiTM bersama pelajar ini dengan klik pautan di bawah.

Perlekeh Pelajar Daripada Golongan B40, Kenyataan Pensyarah IPTA Ini Undang Kemarahan Netizen

Dokumen Sulit Kronologi Insiden Pensyarah Kontrak Tertiris, UiTM Tampil Membuat Laporan Polis

Tular Isu Pensyarah Perlekehkan Pelajar B40, Ini Kenyataan Rasmi Daripada UiTM