Sejak akhir-akhir ini, ChatGPT sering kali menjadi bualan orang ramai. Malah, terdapat dakwaan memkalumkan ChatGPT mungkin menjadi pesaing yang menjatuhkan era kegemilangan Google.

Terbaharu, Google selaku antara syarikat teknologi terbesar dunia serta menawarkan enjin carian terbaik dilaporkan tidak mengambil masa panjang dalam menawarkan pesaing kepada ChatGPT yang dinamakan sebagai Bard.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi Bard, Google memberi banyangan inovasi terbaru mereka ini bakal menawarkan fungsi ciri carian dalam bentuk perbualan. Dalam erti kata lain, pengguna boleh bercakap atau bertanya kepada Bard sebelum Bard memberikan jawapan atau solusi.

Menariknya, enjin carian Google yang meluas bakal membantu Bard dalam menawarkan informasi terkini dan terbaik berbanding ChatGPT yang terkadang gagal mendapatkan informasi semasa.

Setakat ini Bard sekadar ditawarkan buat pengguna-pengguna tertentu sahaja. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Bard serta sokongan Bahasa Malaysia dalam mengetahui potensi sebenar pesaing kepada ChatGPT ini.