Penularan wabak COVID-19 telah mengakibatkan industri pelancongan berdepan kerugian dan sektor ekonomi di tempat tumpuan pelancong turut terjejas serta ramai hilang punca pendapatan.

Terbaharu, Thailand mahu melancarkan satu kempen untuk kembali menarik pelancong asing ke Thailand. Kempen ‘Welcome Back To Thailand Again’ ini menyasarkan kedatangan pelancong seperti biasa pada suku tahun ketiga tahun ini.

Difahamkan, kerajaan Thailand juga sedang pertimbangkan untuk memansuhkan kuarantin wajib 14 hari bagi pelancong yang sudah menerima 2 dos vaksin COVID-19.

Menurut Presiden Majlis Pelancongan Thailand, Chamnan Srisawat, pengendali pelancong telah berbincang dengan agensi-agensi negara yang berpotensi seperti China untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan di Thailand.

Menjelang Jun tahun ini, lebih daripada 1 bilion orang di seluruh dunia dijangkakan akan menerima suntikan vaksin. Jika anda sudah menerima vaksin, adakah anda mahu berkunjung ke Thailand?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Tawarkan Pelancongan ‘Kuarantin Sambil Bercuti’, Promosi Vila Di Phuket Gagal Peroleh Sambutan

Mahu Tarik Pelancong, Kerajaan Thailand Bekerjasama Dengan Tinder Anjur Percutian Cari Jodoh