Nama Iqram Dinzly kini menjadi bualan apabila kembali aktif berlakon menerusi drama Hati Yang Dikhianati. Tingkah laku Iqram yang dilihat seperti tidak ‘normal’ sebelum ini menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, Iqram Dinzly menegaskan bahawa dirinya mahu membuang persepsi negatif netizen yang menganggap dirinya memiliki masalah mental justeru menafikan hal tersebut. Tambahnya, pada awalnya Iqram mengakui berasa ragu-ragu untuk kembali ke dunia seni.

“Kemunculan saya kali ini sebagai bukti bahawa persepsi orang yang mengatakan saya gila adalah salah. Sebenarnya saya juga masih ragu-ragu adakah ini jalan yang terbaik buat saya. Justeru saya agak memilih apabila diberi tawaran berlakon,” katanya.

Tidak hanya itu, Iqram berkata dia mahu membuang identitinya yang dahulu yang terlalu mengejar populariti dan mahu menjadi seorang pelakon yang mementingkan karya.

Menurut laporan, Iqram juga mengatakan bahawa dirinya yang dianggap gila oleh netizen itu adalah Princhiqy dimana ia hanya sekadar satu watak lain yang dia tampilkan di media sosial.

Kini, Iqram mengatakan menukar nama pentasnya dari Iqram Dinzly kepada Iqram Dizlycious. Baginya, apa yang ditonjolkan sebelum ini adalah satu pengalaman berharga buatnya mengenal erti sebenar kehidupan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Sudah Dibuka Kembali, Tasik Cermin Tawarkan Keunikan Terbaru Buat Pengunjung

‘Lebih Besar Dari Genting Highlands’- Taman Tema Melaka Bertaraf Dunia Bakal Siap Dibina Menjelang 2026

Netizen Bengang Lihat Wanita Ini Ditampar Rakan Serumah Gara-Gara Masak Di Dapur Jam 5 Pagi

Sumber