Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

30 Mei 2021 yang lalu, Menteri Sains Dan Teknologi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan bakal menambah bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor dan Kuala Lumpur bagi menampung jumlah pusat sedia ada bermula 7 Jun 2021.

Shopping malls kini dalam proses permohonan untuk menjadikan premis mereka sebagai PPV supaya penyewa boleh memohon on-site vaccination.

Selari dengan keputusan untuk menambah lokasi di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur, pusat membeli belah seperti Sungei Wang Plaza bersedia menjadi salah satu lokasi PPV baharu jika diberi peluang oleh pihak kerajaan.

Berdasarkan laporan The Star, CapitaLand yang menyelia 7 pusat membeli belah antaranya Sungei Wang Plaza telah menulis dan memohon kepada pihak berkuasa untuk mempertimbangkan Sungei Wang Plaza sebagai salah satu lokasi pusat vaksinasi.

Menurut wakil CapitaLand, Eddie Lim berkata 80% penyewa mereka bersetuju untuk mendaftar dalam program vaksinasi retail frontliners. “Pusat membeli belah kami tetap dibuka ketika ini dan vaksinasi setempat ini dilihat dapat memberi perlindungan dari segi kesihatan dan keselamatan buat para pembeli, penyewa dan staf.

“Vaksinasi para pekerja dan staf adalah cara terbaik untuk melindungi mereka dan memberi kepercayaan kepada pembeli yang melawat ke pusat membeli belah kami. Ia juga boleh mempercepatkan proses herd immunity dalam komuniti secepat mungkin,” Kata Eddie kepada The Star.

Apa manfaat lain jika Sungei Wang Plaza jadi PPV?

Every jab counts!💉 For every jab we take, we are one step closer to defeating this pandemic.Thus, we support…

Posted by Sungei Wang 金河广场 on Saturday, June 5, 2021

Selepas para staf dan penyewa, Sungei Wang Plaza adalah lokasi terbaik untuk terus dijadikan lokasi PPV.

1. Lokasi strategik untuk jadi hub vaksinasi

Disebabkan lokasinya yang strategik dan di tengah-tengah Bukit Bintang, Sungei Wang Plaza boleh terus menjadi PPV untuk penduduk dan pekerja di kawasan Bukit Bintang. Ditambah lagi dengan kemudahan MRT dan KL Monorail, mereka boleh mengambil vaksin tanpa perlu memikirkan soal parkir dan kesesakan lalu lintas.

2. Rancakkan kembali ekonomi

Kehadiran pengunjung ke Sungei Wang Plaza dapat merancakkan kembali ekonomi para peniaga di sekitar Bukit Bintang. Mungkin jika ia jadi kenyataan, peniaga boleh buat promosi khas untuk penerima vaksin di Sungei Wang Plaza.

Shopping malls lain juga sokong #JomVaksin

image (1)

Antara shopping mall lain setuju untuk sama-sama #JomVaksin

image (2)

Antara shopping mall lain setuju untuk sama-sama #JomVaksin

Bukan hanya Sungei Wang tetapi pusat membeli belah lain seperti Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, 1Shamelin Mall dan Sunway Velocity Mall turut sama menyokong #JomVaksin dan sedia menjadi PPV untuk para penyewa dan staf mereka.

Ini berdasarkan komen yang ditinggalkan di ruangan perkongsian Sungei Wang Plaza seminggu lalu dan semua bersatu untuk #JomVaksin , #InThisTogether dan membuktikan semua pusat membeli belah bersatu untuk menangani pandemik ini secara serius.

Jika lebih banyak lokasi PPV ditawarkan di seluruh negara terutamnya tempat tumpuan seperti shopping malls, kadar vaksinasi juga semestinya dapat dipercepatkan.

Untuk setiap suntikan vaksin, kita akan semakin hampir untuk menewaskan pandemik ini. Semakin cepat kita terima vaksin, semakin cepat kita dapat kembali kunjungi shopping malls seperti dahulu kala. Jom vaksin!

Berikut adalah beberapa artikel lain berkaitan vaksin. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pengumuman Seperti Dalam Penerbangan, Sukarelawan Pusat Vaksin Di Shah Alam Curi Tumpuan Ramai

Doktor Ini Kongsi Video ‘Keburukan’ Vaksin Dan Saran Tularkannya Di Media Sosial