Sekiranya anda mahu mendapatkan sos di pasaran, kami yakin pasti ramai yang akan perasan kebanyakan sos yang berada di rak kebanyakkannya terdiri daripada jenis sos yang hampir sama. Trend ini dilihat semakin berubah sejak akhir-akhir ini dengan kemasukan sos pedas ala Korea dan sebagainya.

Dalam pada itu, Haridz Rosli yang juga usahawan berpendapat masih terdapat ruang dalam pasaran yang masih belum diterokai. Sebagai usaha untuk mencipta kelainan, beliau hadir dengan idea untuk menghasilkan sos Cheesebomb. Berikut merupakan perkongsian daripada usahawan Haridz Rosli mengulas bagaimana sos unik ini tercipta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau memaklumkan idea awal untuk menghasilkan sos pedas ini bermula sewaktu trend ramen pedas mulai menyerang Malaysia. Rasanya yang enak dan menjadi kegemaran sejumlah besar rakyat Malaysia antara yang menjadi dorongan buat usahawan ini untuk cuba menghasilkan sos beliau sendiri.

Beliau memulakan usaha dengan mendapatkan resipi di internet dengan harapan mampu menghasilkan level kepedasan yang sama. Mengetahui sos Gochujang antara bahan utama, beliau tidak menunggu lama untuk mendapatkannya di AEON berdekatan.

Mengapa sos pedas menjadi pilihan

Menurut perkongsian, sos pedas dilihat mempunyai jumlah peminat yang ramai sekaligus pasaran untuk sos ini sangat luas untuk dipasarkan. Malah, dapat dilihat pasaran bagi sos pedas ini dijangka terus meningkat setiap tahun.

Mengulas mengenai kisah permulaan, beliau pada mulanya mulai menjalankan R&D di dapur rumah sendiri. Walau bagaimanapun, semuanya gagal kerana gagal menepati citarasa berikutan tidak pedas dan enak.

Tanpa berputus asa, beliau meneruskan usaha dengan mengkaji sos Sciracha dan Worcestershire. Dimaklumkan meskipun rasanya pedas, sos tersebut masih lagi belum menepati citarasa beliau. Beliau jugau turut cuba mengekstrak cili sendiri.

Mulai menggunakan cili padi

Segalanya berubah apabila ibunya yang kehairanan melihat telatah anaknya di dapur mengekstrak cili lalu mencadangkan untuk menggunakan cili padi. Beliau yang tidak terfikir untuk menggunakan cili padi sebelum ini terus mencubanya dan hasil yang diterima bukan sahaja sangat pedas, malah turut menepati citarasa.

Sebagai tambahan kepada sos cili berkenaan, beliau hadir dengan idea untuk menambah keju atau cheese dalam sos ciptaan beliau maka daripada nama Nuclear Sauce terciptanya nama Cheesebomb.

Segalanya bermula dengan baik buat Haridz di mana sos yang dijual mulai mendapat permintaan. Malah, sos yang dihasilkan turut menjadi pilihan beliau sendiri berikutan keenakannya.

Alami masalah badan pijar

EzERdTgVUAIwspx

Menurut beliau, sos yang diusahakan untuk dihasilkan sepanjang hari membuatkan badannya pijar. Mana tidaknya, setiap hari bergelumang dengan cili padi.

Tidak sanggup tidur dengan keadaan badan berpijar, beliau hadir dengan idea untuk mencipta industrial blender. Bukan sahaja boleh mengelakkan badan mudah pijar, malah dapat meningkatkan kuantiti penghasilan Cheesebomb.

Usahanya nampaknya tidak sia-sia selepas mesin yang dicipta mampu mengasingkan biji cili pada tahap 99% sekaligus membolehkan sos kekal pedas. Berjaya melengkapkan R&D, maka terciptalah Cheesebomb seperti yang ditawarkan di pasaran pada ketika ini.

Cheesebomb kini telah menjadi pilihan penggemar cheese dan masakan pedas malah sudah berjaya terjual di Shopee sehingga ribuan unit.

Menerusi jenama yang sama, Haridz sudah berjaya menawarkan beberapa produk lain yang terdiri daripada sos Cheese Pop, Cheese Teriyaki, Honey Mustard dan Honey Cheese. Buat anda yang berminat atau mahu menyokong usaha usahawan ini, anda boleh dapatkannya dengan klik pada pautan Shopee ini.

Seorang lagi usahawan sambal iaitu Khairulaming nampaknya sekali lagi diserang masalah apabila nama sambal beliau turut digunakan penjual dari China untuk melariskan produk.

Belum Selesai Isu ‘Reseller’, Jenama Sambal Di China Gunakan Nama Khairulaming Untuk Lariskan Produk

Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee