Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat teknologi pemprosesan makanan semakin berevolusi dengan penghasilan daging ayam, lembu dan kambing berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Terbaharu, KFC yang sememangnya popular dengan penawaran ayam buat julung-julung kalinya bakal menawarkan burger daging. Menariknya, sebagai usaha untuk menawarkan keunikan buat para pelanggan, KFC Malaysia memilih untuk tawarkan burger daging yang bakal dilancarkan menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

ezgif-6-31ab7617824c
Sumber: Amanz

Menerusi gambar yang tertiris, KFC Malaysia dijangka bakal melancarkan menu istimewa ini pada 9 Februari ini. Burger daging yang dinamakan sebagai Zero Chicken Burger bakal diadun dan digabungkan bersama 11 jenis herba dan rempah ratus.

ezgif-6-0b1449ca9e3d
Sumber: Amanz

Kehadiran menu baharu yang menggunakan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan daging ini secara tidak langsung memberi peluang buat golongan vegetarian atau yang tidak memakan daging mencuba menu istimewa ini.

Zero Chicken Burger sedia ditawarkan secara ala carte dengan harga RM12.99 manakala Zero Chicken Burger Combo hadir dengan harga RM15.99. Sama-sama kita nantikan kemunculannya pada 9 Februari 2021 ini.

Tular pada minggu lalu apabila didakwa tuna di Subway bukanlah tuna sebenar sebaliknya merupakan campuran pelbagai ramuan lain.

Isi Tuna Di Subway Bukanlah Tuna Sebenar, Tetapi ‘Campuran Pelbagai Ramuan’?

Terpaksa Ditutup Selama Seminggu, Netizen Gembira Kilang Roti Massimo Kembali Beroperasi

 

Sumber