Parkir di kawasan tidak sepatutnya sememangnya sudah menjadi suatu kesalahan. Hal ini turut membuatkan pihak penguasa di sesetengah kawasan memilih untuk clamp tayar kereta pengguna sebagai denda melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pemandu Honda CR-V ini secara berkeras tidak mahu membayar denda clamp bernilai RM50 sekaligus memilih untuk mengundur kereta dalam keadaan tayar dikenakan clamp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan pemandu Honda CR-V ini mengundur kereta bersama clamp pada tayar bukan sahaja merosakkan clamp berkenaan, malah dapat dilihat beberapa komponen pada kereta juga turut terkesan termasuk fender kereta berkenaan yang mengalami kerosakan serius.

Video yang tular di media sosial ini nyata membuat para netizen terkejut dan terkesima melihatkan pemandu CR-V berkenaan mampu ‘berjimat’ dengan lebih banyak. Berikut merupakan antara respon netizen mengenai tindakan pemandu CR-V ini.

Diharap situasi ini tidak lagi berulang kerana mampu mengundang kepada lebih banyak kerosakan buat kereta berkenaan. Selain itu, orang ramai diingatkan untuk tidak parkir kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan bagi mengelakkan tayar kereta dikenakan clamp.

Tular baru-baru ini apabila pemandu kereta ini dimarah penunggang motosikal gara-gara lambat sentuh kad Touch ‘n Go.

Lambat Sentuh Kad Touch ‘n Go, Pemandu Kereta Kena Marah Dengan Penunggang Motosikal

Remaja Maut Dirempuh Lori Selepas Lakukan Cabaran Malaikat Maut Untuk ‘Content’ TikTok