Buat mereka yang pernah travel secara budget, pastinya kos bagasi yang berlebihan antara yang mahu dijimatkan. Mengenakan baju berlapis-lapis bagi mengurangkan berat bagasi mungkin antara cara yang digunakan orang ramai.

Walau bagaimanapun, kumpulan yang terdiri daripada empat orang lelaki ini memilih cara yang lebih ekstrem hanya kerana tidak mahu ‘membazir’ serta ‘berjimat’ daripada membayar kos bagasi tambahan apabila sanggup menghabiskan 30kg limau dalam tempoh yang singkat.

Situasi yang berlaku di Kunming,China melibatkan empat lelaki ini bukan sahaja menarik perhatian para pekerja lapangan terbang berkenaan malah turut tular di media sosial negara berkenaan.

hq_mandarin-orange-m
Gambar hiasan. Sumber: Fruits Delivery

Difahamkan, kumpulan yang terdiri daripada empat orang lelaki ini memilih untuk menghabiskan 30kg limau ini kerana tidak mahu berbelanja 300 yuan (~RM188) berikutan lebihan muatan yang dikenakan bagi setiap penumpang pesawat.

Mengetahui jumlah yang dikenakan serta mendakwa ‘tidak mampu membayar’, limau bernilai 31 yuan (~RM19) telah dihabiskan dalam masa yang singkat iaitu 30 minit sahaja.

Dimaklumkan, selepas 30kg limau dihabiskan, salah seorang daripada mereka telah mengalami ulser mulut yang teruk malah seorang lagi memaklumkan beliau tekad untuk tidak lagi memakan buah oren selepas kejadian tersebut.

Tular pada minggu ini apabila Singapura dinobatkan negara kedua paling selamat di dunia.

Singapura Negara Ke-2 Paling Selamat Di Dunia, Malaysia Di Tangga Ke Berapa?

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura