Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hampir separuh tahun sejak pandemik COVID-19 mulai menular, dapat dilihat pelbagai cara dan telatah daripada orang ramai seluruh dunia dalam usaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak yang menjadi pandemik ini.

Terbaharu, tular seorang individu di India yang memilih untuk memakai penutup muka yang diperbuat daripada emas. Apa yang lebih menarik, beliau mula mendapat idea menggunakan penutup muka daripada material emas setelah membaca sebuah berita dimana terdapat individu menghasilkan penutup muka daripada perak.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
Indian Gold Face Mask

Sumber: the economic times

Mahu tampil lebih eksklusif dan bergaya, beliau telah membelanjakan hampir $4,000 (RM17,150) untuk menghasilkan penutup muka emas seberat 60 gram beserta lubang udara untuk bernafas.

Mengulas mengenai perbezaan selepas beliau memakainya, Shankar yang merupakan peminat barangan kemas mengatakan orang ramai mula meminta untuk berswafoto bersama beliau.

Outbreak of the coronavirus disease (COVID-19) in Pune

Sumber: reuters

Dalam pada itu, beliau kurang pasti sama ada penggunaan penutup muka emas beliau berkesan untuk mengelakkan beliau dijangkiti wabak COVID-19 atau sebaliknya.Walau bagaimanapun beliau memilih untuk memakainya sebagai langkah berjaga-jaga.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan face mask dengan harga berbaloi anda boleh dapatkannya dengan klik di sini.

Pada bulan lalu, jenama Uniqlo turut memulakan penjualan penutup muka yang hadir dengan ciri penggunaan semula. 

Uniqlo Mula Jual Penutup Muka Boleh Basuh Selepas Terima Permintaan Tinggi

Penumpang Mahu Lihat Senyuman, Garuda Air Terpaksa Cari Alternatif ‘Face Mask’

Ini Cara Pemakaian Topeng Muka Yang Betul Untuk Lindungi Diri Daripada Bahaya Jerebu

Anda Mungkin Suka