Sejak dari dahulu lagi, pelbagai cara dan kaedah digunakan pihak pengedar dadah dalam usaha untuk menyeludup dadah ke luar negara.

Pada kali ini, seiring dengan kemajuan teknologi, dua pengedar dadah warga Singapura ini nampaknya berjaya menemui kaedah baharu dalam usaha untuk menyeludup dadah ke Singapura dari Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, usaha mereka seolah menemui jalan yang sia-sia apabila operasi mereka telah dikesan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

hzdrugs0620
Sumber: Biro Narkotik Pusat

Menerusi data penerbangan yang diambil daripada telefon salah seorang suspek, dron ini didapati telah diterbangkan dari Kranji ke Johor Bahru dan kembali semula ke Kranji.

Aktiviti dua pihak ini mula dikesan sekitar jam 5.45 petang apabila pihak polis mengesan terdapat aktiviti menerbangkan dron beserta sebuah beg yang terpasang di atasnya terbang di udara.

Pihak polis kemudiannya telah menahan kedua-duua lelaki yang berusia 29 dan 34 tahun ini yang dipercayai dalang di sebalik operasi ini. Dianggarkan kira-kira 389 gram ‘Ice’, 8 gram heroin, 195 tablet ekstasi dan dua tablet Erimin-5, yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya $44,000 (RM134,850) antara yang dirampas.

Tonton juga aksi cemas kejar-mengejar antara suspek dadah dan polis yang meraih perhatian netizen pada bulan lalu.

Aksi Cemas Kejar-Mengejar Antara Suspek Dadah Dan Polis Raih Perhatian Netizen

Maradona Tenang, Dirakam ‘Layan’ Dadah Sewaktu Mengurus Pasukan?