Salah satu kemudahan kad bank sedia ada ialah kebolehan membuat pembayaran menerusi paywave. Bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi mimpi ngeri buat para pemilik sekiranya ia hilang kerana sesiapa sahaja boleh membuat transaksi tanpa perlu pengesahan.

Tular sebuah video yang dikongsikan menerusi TikTok, seorang pemuda india didapati mematahkan sebuah kad bank ATM yang dijumpai pada sambutan Thaipusam di Batu Cave baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@dogtorharsha

Highlight of Thaipusam 2023

♬ original sound – Hahaharsha – Dr Harsha

Agak mustahil untuk menjejaki semula pemilik asal memandangkan dihadiri oleh angka pengunjung yang besar. Tindakan lelaki ini sekaligus menarik perhatian pengguna di TikTok yang mana majoritinya memuji tindakan tersebut kerana kad tersebut boleh disalah gunakan jika berada di tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Sumber Gambar: TikTok @dogtorharsha
Sumber Gambar: TikTok @dogtorharsha
Sumber Gambar: TikTok @dogtorharsha

Dengan mematahkan kad ATM itu, ia secara tidak langsung sudah tidak boleh digunakan lagi dan pemilik asal boleh menarik nafas lega selepas ini. Pemilik hanya perlu membuat laporan polis dan memohon kad bank baharu dari bank yang digunakan.