Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana telah memohon agar Syamsul Yusof menceraikan dirinya kerana dia enggan bermadu dengan Ira Kazar dalam satu hantaran di Instagram.

Susulan daripada permintaan Puteri Sarah, Syamsul tampil dengan kenyataan balas dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya, sekaligus menjelaskan apa yang berlaku berhubung kenyataan Puteri Sarah sebelum ini.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CnPZ80fKoQo/

Menurut Syamsul, dia mengajak Puteri Sarah untuk berbincang kerana selama ini mereka hanya berkomunikasi melalui ibunya, Datin Fatimah Ismail, ibu Sarah, orang gaji serta adiknya.

“Saya ajak awak berbincang, jangan libatkan orang lain. Ni awak minta nak berpisah pula. Balik kita berbincang.

“Baru tadi kita komunikasi. Awak nak duit, saya bagi. Saya cari rezeki untuk awak dan anak. Kenapa saya block? Saya tak nak cakap sebab nanti nampak saya salahkan isteri.” kata Syamsul

Syamsul juga berpesan kepada Puteri Sarah agar berhenti berkongsi aib rumah tangga kepada masyarakat. Syamsul berharap netizen tidak bercakap buruk mengenai Sarah dan Ira di media sosial.

Sebagai suami, Syamsul sanggup menerima kutukan dan hinaan daripada masyarakat. Malah, Syamsul memohon netizen untuk berhenti bercakap perkara tidak elok mengenai ibu bapanya.