Sebut mengenai Pulau Pinang, pastinya orang ramai sedia maklum di mana negeri ini sememangnya cukup popular dengan pelancong untuk melancong serta food hunting.

Di sebalik pelbagai keistimewaan di negeri ini, tindakan segelintir pelancong yang menginap di homestay sama ada di rumah bertanah atau bertingkat terkadang memberi membuatkan penduduk setempat kurang senang dengan tindakan yang dilakukan.

Sumber: malay mail

Sehubungan dengan itu, Pulau Pinang dilaporkan sedang merancang untuk mengharamkan penawaran homestay dalam memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, walaupun tempoh pengharaman itu belum diputuskan, kerajaan negeri sudah bersetuju dengan rancangan itu, berdasarkan pelbagai aduan daripada kumpulan penduduk.

“Sama ada rakyat suka atau tidak, kami akan berpendirian tegas dalam perkara ini. Kawasan perumahan untuk penduduk. Jika anda sedang bercuti, pergi ke hotel,” katanya kepada FMT.

Katanya, garis panduan itu, antara lain, akan memberi kuasa kepada badan pengurusan pangsapuri, kondominium atau sebarang hartanah berstrata mengambil tindakan terhadap pemilik rumah ingkar yang membenarkan penyewaan jangka pendek.

Sumber: agoda

“Kami mungkin negeri pertama yang berbuat demikian. Satu lagi garis panduan akan diperkenalkan untuk hartanah bertanah, sementara menunggu isu perundangan yang perlu kami selesaikan.”

Difahamkan Kerajaan Pulau Pinang turut memaklumkan tindakan menyewakan unit kediaman boleh dilakukan sekiranya mendadpatkan persetujuan sekurang-kurang 75% penduduk serta perlu mempunyai rekod pada data mesyuarat agung tahunan.

Jagdeep berkata, disebabkan jumlah harta berstrata di Pulau Pinang adalah ketiga tertinggi dalam negara, garis panduan itu akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan dan keselamatan sosial untuk penduduk.

Tular pada minggu ini apabila rakyat Singapura dilaporkan beratur panjang semata-mata untuk menukar nilai Ringgit kepada Dolar berikutan kejatuhan nilai Ringgit.

Nilai Ringgit Terus Lemah, Rakyat Singapura Beratur Panjang Mahu Tukar Dengan Dolar

Langgar Lampu Isyarat Merah Depan Sekolah, Ativa Kena ‘Sebat’ Dengan Kakak RELA