Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia sejak pada awal tahun lalu telah diserang dengan pandemik COVID-19. Angka kes harian yang merisaukan serta turut mencatat angka kes tertinggi pada 19 Ogos 2021 secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai risau.

Dalam pada itu, di sebalik pelbagai usaha yang dilakukan pihak kerajaan dan juga orang ramai dalam membendung penularan COVID-19, masih terdapat pihak yang ingkar dengan SOP yang dikeluarkan malah mengarahkan para pekerja yang mempunyai gelang pink untuk turut bekerja.

Menerusi perkongsian Facebook Boom Go Employee, tular sebuah screenshot yang memaparkan pekerja syarikat berkenaan yang memakai gelang pink diminta untuk ke pejabat dengan memakai baju lengan panjang. Difahamkan arahan ini dibuat bagi mengelakkan pihak penguasa mengesan aktiviti yang dilakukan.

238948074_568059957942724_625797081190393834_n
Sumber: facebook Boom Go Employee

Syarikat berkenaan turut memaklumkan individu yang membuat laporan kepada pihak berkuasa akan dikenakan tindakan untuk dipecat serta merta. Bukan itu sahaja, pekerja yang tidak hadir juga bakal dianggap sebagai mahu berhenti daripada bekerja.

Menerusi perkongsian daripada laman World of Buzz, syarikat yang mempunyai 200 pekerja ini sudah mempunyai 126 pekerja yang disahkan positif COVID-19. Lebih menakutkan, seramai 4 pekerja daripada syarikat berkenaan telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

c68d2b82-525f-4c26-b04f-38643695a54f
Gambar sekadar hiasan. Sumber: world of buzz

Situasi yang berlaku nyata membuat para netizen berang mengetahui masih terdapat syarikat yang bertindakan sedemikian. Tidak kurang juga mereka yang mencela dan mahu nama syarikat berkenaan dikongsikan kepada umum.

Tindakan yang dibuat nyata membuatkan usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 semakin sukar sekaligus membuatkan orang ramai terpaksa menanti lebih panjang sementara menunggu angka kes wabak ini berkurangan.

Sekitar bulan lalu, tular sebuah isu apabila wanita ini dengan selamba tayang membeli barangan keperluan dengan memakai gelang pink.

Selamba Tayang Beli Barangan Pakai ‘Gelang Pink’, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Tidak Senang

Tular Pakai Gelang Pink Masih Bekerja Di Tapak Pembinaan, Ini Penjelasan DG Hisham

Sumber