Penggunaan senjata api sememangnya memerlukan lesen dan tertakluk di bawah undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Namun, kita masih mendengar tentang salah guna senjata api yang dimiliki oleh sesetengah entiti termasuklah pihak berkuasa.

Dalam mengekang isu ini dari terus berlaku, Polis Diraja Thaliand (RTP) akan memperkenalkan kod QR untuk semua senjata api polis bagi mengesan pembayaran serta mencegah kecurian dan salah laku anggota dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Asiaone

Timbalan Pesuruhjaya RTP, Torsak Sookwimon berkata anggota dan pegawai polis Thailand tidak mahu menggunakan senjata api yang disediakan kerajaan kerana proses pembayaran yang lambat dan rumit. Majoriti anggota RTP membeli sendiri senjata api mereka. Hal ini menyebabkan sejumlah senjata milik kerajaan dibiarkan begitu sahaja di balai polis.

Senjata api kerap dicuri oleh polis yang korup dan dijual kepada pihak luar. Antara contoh jelas seperti yang berlaku di Balai Polis Pak Kret apabila seorang pegawai polis kaki judi mencuri lebih 160 laras senjata api untuk membayar hutangnya.

RTP juga mempunyai sistem kebajikan senjata api dikenali sebagai Por Sam untuk anggotanya mendapatkan senjata api pada harga rendah. Sesetengah pegawai dan anggota polis menyalahgunakan keistimewaan tersebut dengan menjual senjata api di internet.

Trosak yang mahu menyekat salah laku tersebut berkata RTP akan menggantung sistem kebajikan senjata api selama-lamanya dan menggalakkan pegawainya menggunakan senjata api yang disediakan oleh kerajaan. Menurut beliau, RTP akan menggunakan sistem kod QR untuk pengeluaran senjata api dan setiap pistol akan mempunyai kod tersendiri.

Mana-mana anggota dan pegawai polis Thailand yang mahu memiliki senjata api baharu boleh menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengimbas dan mendaftar melalui aplikasi RTP. Beliau percaya dengan inisiatif  itu dapat mencegah penyalahgunaan dan kecurian senjata api.

Sumber